✿ Rumah SalYa ✿

Fresh from the owner...

01 December 2017

Hijab by zalora.



Hijab adalah pakaian bagi wanita muslimah. Jika anda sukakan fesyen tapi berhijab, itu bukan masalah utama. Berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen. 

Zalora merupakan salah satu peneraju hijab online di Malaysia. Pelbagai pilihan pakaian bermula dari shawl, blouse, pants, dress, skirts dan bermacam-macam lagi pilihan pakaian berhijab buat muslimah boleh anda dapati di sini.


Sambil-sambil mencuci mata memilih pakaian kegemaran, anda juga secara tidak langsung boleh terus mix and match oufit anda dengan pilihan yang sedia ada. 

Ia sangat mudah kerana segala-galanya telah tersedia untuk anda. Rancang dan pilih dengan sekali klik tanpa perlu bersesak-sesak di pasaraya-pasaraya ternama. Di Zalora, segalanya cukup mudah.


Busana ini contohnya, sangat sesuai digayakan ke majlis keraian. Padankan dengan shawl ataupun tudung yang sesuai dan anda bakal menjadi perhatian tetamu yang lain. 

Malahan, busana ini juga sesuai untuk dijadikan pilihan pakaian ke pejabat. Pasti ada mata yang melirik memandangmu.


 Palazo ataupun pants yang terdapat di 'hijab online' ini sesuai untuk waktu-waktu kasual. Saat keluar bersantai ataupun berlibur bersama teman-teman tersayang. Mudah dan selesa.


Bukan pants dan palazo sahaja ada di sini. Skirts dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan juga tersedia untuk anda. Rancang dan pilih dengan bijak kerana masa untuk memilih berada di tangan anda.

'Hijab online' ini akan sentiasa bersama anda. 24 jam sehari. Tidak kira di mana anda berada. Dalam keadaan apa sekalipun, ia masih mampu menunaikan impian anda.

Dapatkan rangkaian pilihan pakaian bagi wanita berhijab di zalora. Hanya pilih dan bayar. Penghantaran akan dilakukan terus ke pintu rumah anda.

Zalora, hijab online pilihan untuk mereka yang sentiasa mahupun kemudahan di hujung jari serta membeli-belah dalam keadaan santai dan tenang dan yang pastinya mereka juga sangat sukakan fesyen dan sentiasa ingin berketrampilan dalam bergaya.


Gedung online pilihan anda. Segalanya dihujung jari. Ingat hijab, ingat zalora.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign