Fresh from the owner...

03 December 2018

Kisah seekor ABEN.


Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak bersiaran kat sini. Bukan setakat bersawang lagi dah. Macam rumah berhantu pun ada ni. Haha... Adoiii, memang mood ke laut paling dalam betul. Rindu nak berblog macam dulu tapi tak cukup rajin la sekarang. Faktor usia barangkali. Tapi kali ni macam terajin la pulak.

Untuk entri ni nak bercerita tentang Aben. Ahli baru keluarga SalYa. Dapat Aben dalam bulan Februari. 2 hari lepas birthday Alya. Budak² ni memang teringin lama dah dengan spesis si Aben ni. Bila tanya encik husben, dia kata ok. So mencari la akan spesis Aben.

2nd day Aben kat rumah. Baru la boleh sentuh². Kalau tak, jangan harap. Garang bebenor.

Budak² ni bercerita dengan jiran depan rumah pasal nak bela kucing. Jiran ni kata ada. Tapi kucing kampung. Nak jantan ke betina. Pilihannya jantan la. Tapi masa tu puan jiran tak boleh ambil lagi kucing tu sebab tengah sakit. Menunggu la dengan penuh sabar budak² ni.

Bulan berganti bulan. Sampai la bulan 2 tu puan jiran kata kucing jantan tu umurnya dah 7 bulan. Dah besar la kiranya. Leceh sikit kalau ikutkan. Tapi nak tunaikan kehendak anak², ambik juga la. Dan Aben baru je baik selesema. Actually tak baik betul pun. Masa dapat tu still selesema.

First day dapat, memang garang si Aben. Dia macam takut dengan orang. Nak lari je kejenya. Masa bawak masuk dalam rumah pun dia lari menyorok bawah meja, dalam bilik. Merata la mencari. Masa aku kecik² dulu, bela jugak kucing. Tapi tak ada pengalaman macam dengan Aben ni. Totally new la.

Second day dia ok sikit tapi still takut². Yang paling best, malam first dia dok mengiau je depan sliding. Pening kepala mak. Dok mundar-mandir nak keluar. Dan esoknya dia berak atas cadar. Sabar je la.

Mak rasa spesis kucing kampung ni memang manja. Aben memang suka tidur celah² orang.

 Jiran kata dia lupa nak pesan, first day kena kurung dia dalam bilik air dengan pasir²nya. Nak biasakan dia la. Mak mana la tau. Tak ada experienced tu. Kucing² mak semua bebas keluar masuk rumah tak kira masa. Rumah kampung katakan.

Masa dapat pun Aben memang kurus. Sebab baru baik demam katanya. Ok fine. Tapi selera makan dia memang kureng. Makan pun sikit je. Mak memang tak pernah bawak kucing ke vet. Kat situ lagi satu lack of ecperienced. Tak sama macam bela kucing zaman budak².

Lama² memang dia makin ok. Tapi selesemanya macam tak pernah baik. Ada je hingus. Bersin. Ingatkan dalam healing proses so mak buat derk je la. Bawak balik kampung pun sepanjang perjalanan dia tak meragam. Tidur je. Tapi bila sampai tempat baru dia menyorok bawah katil.

Sebulan jugak dia still selesema sampai la satu tahap tengok dia tak nak makan dah. Risau la jugak. Lastly baru bawak pergi vet. Doc kata dah teruk selesemanya ni tapi tak effect anggota dalaman dia. So, kira ok la . Alhamdulillah.

Tapi lepas bawak pergi vet terpaksa tinggalkan dia kat hotel kucing sebab nak balik kampung lama. Rumah mak ok je. Ada orang boleh tengokkan. Tapi belah husben ada yg takut kucing jadik leceh nak bawak balik. Nak tinggalkan kat klinik tak boleh sebab dia tak vaksin. Selagi tak baik tak boleh vaksin.

Dan Aben pernah hilangkan diri dia seminggu. Menangis la budak² ni. Sebelum ni pun kalau dia kekuar dia akan balik. Tapi kali yang itu, dia tak balik². Husben kata dia nak mati dah agaknya. Sebab tu dia lari. Dia tak nak tuan dia sedih. Dan ditakdirkan jugak satu malam tu, masa ronda² tamana, ternampak dia kat tengah jalan. Budak² ni macam histeria jumpa kucing. Adoiii...

Keakraban Aben dan Aden. Mungkin dia tau yang Aden pun terpisah daripada keluarga sendiri. Dia je la ahli keluarga Aden.

Dan takdir jugak yang menemukan Aben dengan seekor Aden. Ini pun jiran selorong yang bagi. Kucing jantan juga. Masa mula² dapat risau jugak, Aben ni boleh get along tak dengan Aden. Alhamdulullah, Aben baik sangat dengn Aden walaupun Aden anak kucing yang menjengkalkan. Haha... Boleh tengok muka Aben bila Aden sibuk nak tangkap ekor dia.

Aben lepas bawak ke vet nampak macam ok sikit. Tapi lepas balik dari hotel kucing nampak macam tak sihat semula. Still makan tapi sangat la kurang. Lepas 2 minggu balik dari vet tu tengok selera dia makin down. Minum pun kureng sangat². Makin kurus pulak si Aben ni.

Renungan terakhir Aben. We do miss you. Hope to see you again...

Bila tengok dah 2 ke 3 hari dia tak makan, minum pun tak nak. Banyak melepek je, risau jugak. Sampai 1 tahap tu dia duduk bawah washing machine tak nak keluar. Sampai basah la sebab paip salur air tu tiba-tiba tercabut. Still dia tak nak lari.

Dah rasa lain macam ni. Petang tu jugak bawak ke vet for the second time. And doc kata selesema teruk ni. Dia dah tak boleh bau makanan dia. Badan pun dah dehydrate. Doc suruh paksa dia makan dengan minum. Bagi la ikut syringe ke apa ke asalkan dia makan dengan minum.

Tapi dah paksa pun still dia tak nak buka mulut. Masuk la tapi sangat sikit. Memang rasa dah lain dah Aben ni. Dia mundar-mandir. Lepas tu keluar dari tempat dia berehat. Duduk depan rak tv. Husben kata doa banyak² supaya dia cepat sembuh. Berkat bulan mulia. Tapi kalau dah tkdir dia pergi kena terima. Itu pesan dia dekat anak².

Sedang elok lepas encik husben keluar ke masjid untuk solat isyak dan terawih,  Aben mti dengan disaksikan anak². Menangis budak² ni jangan cakaplah. Sebab tengok sendiri kan.

Aben datang bulan 2 dan perginya bulan 5. 20 Mei 2018 bersamaan dengan 4 Ramadan 1439H. Perginya dalam keadaan dia sememangnya sakit daripada mula.

p/s: Terima kasih Aben kerana menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami walaupun untuk seketika. We love you till forever.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign