Fresh from the owner...

15 June 2018

Cerita Ramadan dan Syawal.



Dah lama sangat tak post apa² dekat blog. Mood tu ada tapi nak menaip melalui handphone tu yang kureng sikit. Kali ni try spend masa sikit untuk update blog ni. Satu hari nanti bakal jadi bahan bacaan anak². InsyaAllah...

Tahun ni beraya kat Pekan, Pahang lagi. Macam tahun lepas. Tahun ni alhamdulillah, semua adik-beradik aku ada balik. Actually, yang duduk jauh cuma aku dengan abang aku kat Klang tu je. Haha... 

Yang lain² memang duduk kat kampung je. Cuma my sis la akan balik kampung husben dia raya kedua. Sama macam aku jugak balik Terengganu raya kedua tu.

This year walaupun cuti sekolah lama, tapi raya kami sefamily sekejap je. Husben dah start keje raya ke-4. So, raya ke-3 dah balik semula ke sarang. Baru hari raya ke-3 tapi jammed melekat dekat 2 tempat campur hujan lebat sampai tak nampak apa kat depan. 

Ok, berbalik pada cerita raya... tahun ni ada la gambar² tambahan kami 6 beradik termasik dengan gambar² cucu ayah aku yang ramai tu. Alhamdulillah... rezeki semua ada sekali. 

Kalau tahun lepas, pagi raya aku bengkak muka. Tapi alhamdulillah, tahun ni sihat² je. Tahun sebelum tu sakit kepala. Balik ke Pekan tu sakit kepala. Bawak ke malam makin sakit. 

Last² aku buka puasa dengan segelas air tebu. Lepas tu pergi bilik tidur. Nasib baik boleh jamak solatnya. Pukul 9 lebih husben kejut suruh minum dengan makan. Tapi sakitnya tetap ada. Melayan je la sakitnya tu.

Anak² dah sampai kampung melepak dengan sepupu² diaorang la. Memanh dah tak ingat mak ayah. Main bunga api bagai. Seronok kumpul ramai² ni. Sebab bukan selalu kan dapat jumpa. Especially aku dengan abang aku yang keje bomba tu. Lagi 3 tahun insyaAllah jumpa kalau ada rezeki.

Ni entri tanpa gambar. Nanti baru kita up entri bergambar je ye. Balik Dungun pun tak bergambar mana. Balik beraya je la. Sebab petang tu dah bertolak balik Pekan semula. Esoknya nak balik Johor makanya husben nak rest la.

Raya tahun ni simple je tapi tetap la meriah di hati aku ni. Bukan zaman² aku lagi nak beraya macam budak². Apa yang penting, anak² happy. Itu dah cukup.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI everyone...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign