✿ Rumah SalYa ✿: June 2018

Fresh from the owner...

21 June 2018

Ragam 1 Syawal 1439H/15 Jun 2018.


Assalamualaikum...


Random pics sepanjang 1 Syawal tahun ni. Alhamdulillah, first time ni semua adik-beradik ada. Memang rare. Sebabnya kalau aku ada, abang aku tak ada. 

Kalau jumpa pun kejap je. Raya kedua. Itupun masa Aus setahun lebih umurnya. Lepas tu tak pernah jumpa time raya. Adeh... sedih. Aku rasa ayah aku paling happy sebab semua orang ada.


Tahun ni tema olive green. Memang dalam perancangan. Cuma tak berapa nak yakin dapat tak color ni. Sebab dah 2 tahun plan color dark grey tak dapat² pun. 

Shopping pun last² minutes. Memang rezeki dengan color ni tahun ni. 2 tahun lepas anak dara nak pakai hitam. Maka hitamlah pilihannya. Pic family tak ada langsung. Gila sedih. Haha...

Last year merah sebab tu je pilihan akhir yang ada. Last year pic family ada.


Kata husben, baju anak dara paling mahal. memang pun. Ada dua baju aku berkenan tapi sayangnya tak ada size. Ikutkan Kak Long Alya nak pakai jubah macam adik². 

Jubah lelaki tu. Tapi rasanya kalau pakai pun tak nampak macam jubah lelaki kot sebab dia orang berdua pakai tudung. Tutup la bahagian leher tu. Adoiii la... anak!!!


First time anak² teruna pakai jubah. Macam tahfiz. Jubah shopping kat mydin je. Tengok² je berkenan. Husben pun sama. So ambik la 3 untuk anak bujang 3 orang.

Harga mampu milik. Memang tak sangka la dengan kualiti kain yang memang macam kain mahal.


Ingat senang nak suruh ayah aku bergambar dengan adik dia ni. Dah tua² ni buat kenangan anak cucu. Dah la nak ajak ayah aku berjalan raya punya la payah.

Tahun ni sebab semua anak cucu ada, itu yang dia pun ada jugak.


Ini pic anak² dan anak² buah yang sebaya. Ada yang tak ada dalam ni. Sebab dah kecoh² sangat nak snapped pic pun berterabur.

Yang atas ni sepupu sama umur. Beza minggu je. Budak berdua ni lahir bulan September. Dah 20 tahun umurnya.


Yang ini pun sama. Cuma sorang lahir bulan Mac dan sorang lagi December. Umur baru 16 tahun.

Budak baru nak membesar. Kadang² ada la perangainya yang buat pening kepala. Tapi budak² baik ni.


Ini pun sama la. Baru form 2. Sorang tu anak abang aku yang duduk Klang. Berbaju kurung merah.

Yang si lelaki tu memang kecik
 Tambahan panggilannya pun Chik. Macam mana tu? 😁


Yang ni tak cukup lagi sorang. Tahun Kak Long Alya ada ada lagi 3 sepupunya yang sebaya dia. 3 perempuan, seorang lelaki.

Sepupu dia berbaju kurung hijau tu paling besar. Lahir pun 4kg. Dan Kak Long paling kecik dengan berat 1.97kg je sebab dia premature baby by 32 weeks.


Yang ni aku baru tahu sebaya bila balik raya baru² ni. Aku ingatkan yang Isha ni 6 tahun. Adeh...

Sama umur dengan Aus. Cheeky sikit budaknya. Jarang jumpa sebab ni anak abang aku kat Klang. Ada pelat² sikit dan sangat suka hisap ibu jari tangan.


Abang aku yang sulung tak ada. Kat rumah melayan lada hasil tanaman dia. Raya tu buat la macam raya. Lemau.

Bergambar sebelum keluar berjalan². Ingat senang nak ambik gambar dengan ayah sendiri. Ni kira sporting la ni. Hehe...


Lepas bawak ayah aku gi jenjalan konvoi, singgah rumah abang aku yang sulung ni. Tengok la attire raya dia macam mana.

Raya ke tak ke sama je pada dia. Kau rasa? Adududu...


Sempat ambik gambar kami 6 beradik. Itupun dah kalut sebab ayah aku dah bising² nak balik.

Dah maghrib. Tingkap rumah tak tutup lagi la apa la. Asalnya dia nak balik dengan abang ipar aku. Tapi last² husben kata abah nak naik dengan kami. Memang g jenjalan pun dia naik kereta kami ni... 


Ini semua cucu² ayah aku. Ada sorang cucu yang dah kahwin tak ada dalam ni dengan cicit dia sorang. Ada lagi addition cucu 2 orang. Coming soon.

Ramai gila. Kalau dalam 1 rumah macam nak runtuh rumah dibuatnya. Nasib baik rumah atas tanah je. Tapi bising tu tetap la bising. Mulut budak² kot.


Sesekali selfie. Kalau tak ada je gangguan anak². Tak ada gangguan pun memang suka ambik pic anak². Nak buat macam mana?!

Actually this is my faveret pic. Spontaneous gitu. Sambil selfie sambil² je yang lain snapped pic ni.

Apa pun, alhamdulillah sebab Allah masih berikan ruang dan peluang untuk menyambut Ramadan dan Syawal tahun ni. Tahun depan tak tahu lagi.

Salam Aidilfitri...
Maaf zahir & batin...



15 June 2018

Cerita Ramadan dan Syawal.



Dah lama sangat tak post apa² dekat blog. Mood tu ada tapi nak menaip melalui handphone tu yang kureng sikit. Kali ni try spend masa sikit untuk update blog ni. Satu hari nanti bakal jadi bahan bacaan anak². InsyaAllah...

Tahun ni beraya kat Pekan, Pahang lagi. Macam tahun lepas. Tahun ni alhamdulillah, semua adik-beradik aku ada balik. Actually, yang duduk jauh cuma aku dengan abang aku kat Klang tu je. Haha... 

Yang lain² memang duduk kat kampung je. Cuma my sis la akan balik kampung husben dia raya kedua. Sama macam aku jugak balik Terengganu raya kedua tu.

This year walaupun cuti sekolah lama, tapi raya kami sefamily sekejap je. Husben dah start keje raya ke-4. So, raya ke-3 dah balik semula ke sarang. Baru hari raya ke-3 tapi jammed melekat dekat 2 tempat campur hujan lebat sampai tak nampak apa kat depan. 

Ok, berbalik pada cerita raya... tahun ni ada la gambar² tambahan kami 6 beradik termasik dengan gambar² cucu ayah aku yang ramai tu. Alhamdulillah... rezeki semua ada sekali. 

Kalau tahun lepas, pagi raya aku bengkak muka. Tapi alhamdulillah, tahun ni sihat² je. Tahun sebelum tu sakit kepala. Balik ke Pekan tu sakit kepala. Bawak ke malam makin sakit. 

Last² aku buka puasa dengan segelas air tebu. Lepas tu pergi bilik tidur. Nasib baik boleh jamak solatnya. Pukul 9 lebih husben kejut suruh minum dengan makan. Tapi sakitnya tetap ada. Melayan je la sakitnya tu.

Anak² dah sampai kampung melepak dengan sepupu² diaorang la. Memanh dah tak ingat mak ayah. Main bunga api bagai. Seronok kumpul ramai² ni. Sebab bukan selalu kan dapat jumpa. Especially aku dengan abang aku yang keje bomba tu. Lagi 3 tahun insyaAllah jumpa kalau ada rezeki.

Ni entri tanpa gambar. Nanti baru kita up entri bergambar je ye. Balik Dungun pun tak bergambar mana. Balik beraya je la. Sebab petang tu dah bertolak balik Pekan semula. Esoknya nak balik Johor makanya husben nak rest la.

Raya tahun ni simple je tapi tetap la meriah di hati aku ni. Bukan zaman² aku lagi nak beraya macam budak². Apa yang penting, anak² happy. Itu dah cukup.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI everyone...



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign