✿ Rumah SalYa ✿: January 2017

Fresh from the owner...

30 January 2017

Dryer pun penat.



Musim² hujan ni memang dobi layan diri penuh dengan orang. Kebanyakkannya cuma nak guna dryer. Nak keringkan baju je. Asing² dah siap² basuh kat rumah. Macam aku jugak la sebelum ni.

Tapi minggu lepas masa hujan turun dua hari berturut², habis semua kedai dobi aku pergi, memang orang full. Ada dobi yang pakai token. Ada yang pakai syiling.

Ada dua kedai je yang biasa aku pergi area kawasan rumah aku ni. Tapi parking la selalunya susah sikit. Tapi satu kedai ni memang dryer dia panas. Kalau seluar jeans tu, select 'high temp', masukkan duit cukup², insyaAllah... kering la seluarnya.

Kedai dobi ni guna syiling 50 sen. Masa extra tambah je la 50 sen. Tapi kedai satu lagi kena tambah extra token. Satu token seringgit. Ada beza la. Kalau tak habis guna token, kena bawak datang semula. Bukan tokey kedai ada 24 jam nak pantau kedai dia.

Jadiknya minggu lepas masa nak basuh baju (mesin basuh I rosak okay), tengok tempat full, tunda ke next day. Dah basuh dan time keringkan, baju² lembap. Tak tekan 'high temp' ke tadi? Belakang aku pulak ada orang lain dari dobi sebelah. Dryer kedai tu dah rosak. Baju tak kering langsung katanya.

Dan aku rasa dryer kedai ni pun sama je. Dryer kedai dobi area aku ni ada 4 je. Kalau berjalan jauh sikit, ada 6. Tapi jauh la pulaknya. Pulang dengan perasaan hampa la aku ni. Baju dah berbakul² ni.

Lepas settle anak² ke sekolah, aku ke dobi yang sama dengan harapan dah ok la dryernya. Tapi hampa la jugak sebab dobi tu tutup terus. Dah la syiling habis. Kalau orang datang nak basuh baju tapi syiling tak ada, tak guna jugak.

Dryer dobi yang satu lagi pun jammed jugak. Kesudahannya, dryer pun tau penat. Sebab tu guna 24/7 walaupun namanya dobi 24 jam ia akan tetap la jam jugak. Huhu... Ke dobi jauh jugak la kami hari tu. Tak apa la. Jauh pun jauh la. Asal baju kering sudah.

25 January 2017

Beg plastik pun famous.


Assalamualaikum...

Google image


Kalau tengok berita mesti ada isu pasal beg plastik ni. Beg plastik je pun. Tak pasal² famous dia. Hari² dok cerita pasal dia je dalam tv.

Pada aku la, beg plastik ni bukan isu besar pun. Kalau negeri tu nak buat negeri bebas plastik, apa salahnya? Untuk alam sekitar juga. 

Tak ada orang yang mati kalau tak dapat beg plastik la. Untuk kesedaran sendiri jugak. Sentiasa la bawak beg yang senang lipat untuk isi barang. Ala, beg yang kita dapat kalau beli barang² kat Jom Heboh (tak pernah pergi. Tapi biasa je tengok orang bawak balik beg tu) tu la. 

Lipat kecik² letak dalam kereta ke, handbag. Tak pun dalam kocek seluar pun boleh. Dah beli barang letak dalam tu. Kalau terlupa, tolak troli kat kereta. Letak je dalam bonet. Tak boleh jugak, bayar je la 20 sen untuk sekeping plastik isi barang tu.

Aku pun pernah kena. Terlupa punya pasal. Masa cashier tanya nak beg plastik tak, selamba jawab tak nak. Lepas tu mengangkut barang² bawak masuk kereta. Kah³... Okay je.

Ada bagus jugak tak ada plastik ni. Banyak² sangat plastik ni sampai tak ter'hadam' dek bumi kita. Kesian kan? Nak buat macam mana. Kita dari kecik diajar guna beg plastik.

Nak berubah tu bukan senang. Tapi tak mustahil pun. Jaganlah besarkan sangat isu beg plastik harga 20 sen tu. Kalau kita tak beli, tak dapat ke peniaga pun duit tu. Atas kita jugaklah. Banyak lagi isu lagi besar daripada isu beg plastik 20 sen.

Selamat menjaga alam sekitar ye. Penat ada slogan Jagalah Alam Sekitar tapi tak ikut pun. Haha... Biasakanlah. Nanti², insyaAllah akan okay jugak... `(*∩_∩*)′


Dua tahun menunggu fisioterapis.


3 minggu tak boleh kena air. Tapi hakak banyak kerja la. Macam mana tu?


Tajuk memang poyo tapi nak cerita pasal gambar ni. Ada la jugak cerita pasal si terapis tu. Hehe... Tapi sikit je. Seperti menunggu buah yang tak gugur².

Gambar ni lalu di wall fb hakak. Sebenarnya, fb yang remainkan pasal picture ni. So teringat la kisah dua tahun yang lalu. Waktu maghrib. Incik husben pulak baru lepas pergi kerja. Kiranya dah sampai tempat kerja la masa kejadian tu berlaku.

Sampai sekarang jari telunjuk bahagian atas sekali tu tak boleh bengkok. Cacat kekal la kiranya. Dan bahagian tengah yang terkeluar dari soket tu pun tak boleh nak bengkokkan sampai habis. Kalau genggam tangan memang jari telunjuk tu satu²nya tak boleh nak rapat ke perut tangan.

Pinjaman Allah semuanya. Kalau DIA nak tarik nikmat elok pada jari kita ni pun itu hak DIA. Diberi pinjam pun dah alhamdulillah sangat. Dan tak ada kejadian tak diingini lain pun dah cukup baik sangat.

Masa tu pregnantkan Afiq. Khilaf sendiri. Dan Allah bayar cash atas dunia. Untuk peringatan sepanjang zaman. 

Dan sepanjang tempoh baik pulih jari yang satu ni, dua orang doc suruh x-ray jari. Nak tengok macam mana keadaannya.

Tapi bahagian x-ray tolak. Sebab hakak pregnant kan time tu. Doc kata tak apa sebab kandungan dah matang. Boleh je nak x-ray. Tapi orang bahagian x-ray kata doc ni macam tak tahu bahaya. 

Selagi tak consult betul² dengan patient dan tak ada surat hitam putih tandatangan patient kata setuju, dia orang tak nak buat x-ray.

Memang tak buat pun x-raynya. Sepatutnya jugak pergi fisio. Tapi masa nak buat tu, fisioterapis tak ada.mintak tinggalkan no hp pada kertas depan bilik dia. Nanti dia balik, dia call. Itu kata kertas kat dinding tu la. 

Dah dua tahun. Tak ada pun fisioterapis tu call. Dan aku memang tak pergi dah mengadap doc pakar tu sebab time appointment tu aku deliveredkan si Afiq. 

So, tamat la sesi appointment untuk diri sendiri. Anak² mesti ingat kisah ni. Sebab kejadian cuba nak elak Aus daripada jatuh tangga. Tapi jatuh jugak la dua mata tangga tu. Asbab je la ni. Benda dah nak jadi. Bertambah pulak dengan khilaf diri sendiri.

Memang tak ada sesiapa nk disalahkan kecuali diri sendiri... ^_^



24 January 2017

Sanah helwah untuk kami semua.




Setiap tahun begitulah. Beza ulangtahun kami 3 hari je antara satu sama lain. Aku mendahului. 3 hari kemudian incik husben pulak. Dah lama tak belikan kek. Tahun ni belikan kek untuk makan² kami sekeluarga je.

Kek kecik je. Lagipun nak try macam mana la rasa carrot cake ni. Okay... memang tak pernah makan. Baru kali ni rasa teringin je. Haha... Anak² suka. Especially kalau makan sejuk². Tambahan pulak ada cheese. Memang laju je dorang makan.


Untuk bulan 1 memang ramai yang celebrate birthday  baik sebelah aku mahupun sebelah incik suami. Tapi paling ramai sebelah aku la.

** Sanah helwah everybody... Selamat meningkat 1 angka. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi dunia akhirat. **



note: untuk incik husben, semoga pertambahan usia ini mematangkan kita dan mendekatkan lagi kita padaNYA. Aamiin...



23 January 2017

Kenangan terakhir dengan JGS.


Ketika masih 'sihat'

Sudah sampai masanya ia bertukar pemilik. Setelah 15 tahun lebih berkhidmat dengan tuan asal. Walaupun sayang namun terpaksa jua dilepaskan. Hanya gambar ini sebagai kenangan.
Semalam, selepas maghrib ia dihantar pemilik asal ke kedai. Sedih mengenangkan banyak kenangan dengan JGS ni. Tapi ia sudah selalu 'sakit'
Sudah tua. Selalu jugak masuk 'wad'. Tapi lepas seminggu keluar wad, ia 'sakit' semula. Barangkali perjalanan jauh yang membuatkan ia selalu saja 'sakit²'.

Hari² terakhir sebelum dihantar ke kedai

Tuan asal tidak pernah berhasrat untuk menjualnya kepada sesiapa. Cinta pertama. Apakan daya. Ia bukan miliknya lagi. Sekurang²nya masih ada gambar sebagai kenangan. Huhu... (╥﹏╥)
Kriss Modenas pertama incik suami. Akan tetap jadik kesayangan walaupun tak lama lagi akan tukar ke pemilik baru.


note: Eleh... Motor je pun. Tapi motor tu la yang bawak dia berulang-alik daripada Johor ke Pahang. Dan Johor ke Terengganu suatu ketika dulu.

AJL ke 31 tahun ini.


Google image

Aku tak tengok pun AJL. Haha... Dah lama tak tengok. Entah. Tak ada feel kot. Mungkin sebab faktor usia jugak. Tak tau la hakak.

Tapi keputusan still tahu. Siapa menang vokal, siapa juara. Kadang² lagu² baru ni pun aku macam tak pernah dengar. Adoiii... Dalam kereta ada je radio tapi jarang je bukak. Dulu² kalau drive mesti on radio. Saja buat² bising dalam kereta.

Tapi husben tak boleh dengar bunyi bising. Distraction kata dia. Cuma lama² tu  baru la dia boleh on radio dalam kereta. Malangnya kalau balik kampung sampai satu² tempat tak ada channel tu. Aku pulak bukannya hafal frekuensi radio ni. Sudahnya off je.

Lama² terbiasa drive tanpa sampai la sekarang. Sesekali anak² on radio tu, layan je. Sampaikan ada anak² jiran yang tumpang kereta siap tanya, kereta aku ni tak ada radio ke? Kah³...

Dan semalam, lepas tengok berita (yang tak habis² dengan isu plastik 20 sen tu) terus ada siaran AJL kan. Husben pun tanya la: 'Siapa yang tengok Juara Lagu ni?' Eh²... awak yang tengok tv tanya kita orang pulak... ⊙_⊙

So, dia tukar channel lain. Tak ada cerita sedap, dia tutup tv. Me and kids ok je. Memang jarang tengok tv malam² kalau hari sekolah. Kemudian dia buka semula. Aku mintak la dia tukar channel kejap. 

Ala, saja² nak tengok. Tu pun dah kena sound: 'Ajar anak² tengok cerita macam tu.' Tengok kejap je la. Bukan nak tengok sampai habis pun. Lepas tu layan mata je la dengan anak². Lagi sedap. AJL ni memang akan sentiasa ada update. Tak kira masa dan di mana jua. Haha... (≧∇≦)

20 January 2017

Cara praktikal susun buku sekolah anak-anak.


Sebenarnya lama sangat dah tak update blog. Kekangan masa pun ye jugak. Banyak benda nak cerita tapi tak berkesempatan la nak mengarang bagai ni. Bajet² busy mengalahkan retis gitu.

Kali ni nak cerita pasal macam mana aku organize buku sekolah anak². Subjekkan banyak. Buku teks, buku aktiviti, buku tulis lagi. Buku tulis pulak bukan sebuah tapi 4 buah bergantung pada subjek.

Kalau letak macam kita masa zaman sekolah² dulu, alamatnya lunyai la buku. Belum lagi hilang la, tak jumpa la. Adoiii... Sudahnya mak pun menyirap. Dah buat kerja tak reti nak simpan elok². Time nak susun buku nak pergi sekolah baru la terhegeh² cari. Masa tu la semuanya tak jumpa.

Tapi bila organize macam ni, alhamdulillah. Senang kerja. Hati pun senang dan tenang. Hehe... Ada orang organize guna sticker. Label pada buku. Tapi tak relevan jugak sebab jadual kadang² berubah. Macam ni lagi praktikal untuk aku. Untuk anak² aku la. Orang lain aku tak tau.


Cuma ni berkongsi je cara macam mana aku susun atur buku sekolah anak². Buku² sekolah dia orang semuanya aku letakkan dalam file. Lain² warna. Pastikan file tu jenis tahan lasak la. Kalau jenis plastik tu takut cepat koyak. 

Labelkan file ikut subjek. Automatik anak² akan ingat kaler file ni untuk subjek apa. Lepas buat homework pun terus buku dalam file. Selamat la daripada buku tu 'merayap' ke sana sini.

Bila ada yang tak jumpa buku untuk subjek BM contohnya. Kita mak² ni pun automatik tahu yang hilang bukan bukunya tapi filenya. Mesti misplace kat mana². Memang senang untuk dia orang susun buku sendiri. Tak leceh. Tengok subjek apa ada hari tu, just keluarkan file dan ganti dengan file lain. Ha... gitu!!!

File ni aku beli kat mr.diy. RM3.80 satu kalau tak silap. Ada banyak jenis file tapi yang ni aku rasa ok untuk anak². Buku yang tak masuk file cuma PJK dengan DSV je. Sebab yang tu cuma satu je. Tak ada anak² dia.

Sampaikan kawan² anak pun tanya dia orang mana beli file tu sebab dia orang pun rasa senang macam tu. Ye la... tak ada la buku yang hilang ke misplace lagi kan? 

Sharing is caring. Ibu² boleh je guna cara macam mana. Senang nak manage buku anak². Nak check homework dia orang pun senang sangat tau.. (。’▽’。)

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign