Fresh from the owner...

14 November 2017

Tahniah anak-anak.

Assalamualaikum...


Exams dah habis. Result pun dah dapat kecuali sekolah agama. Next week baru tahu naik kelas ke tak. Tapi Anis aku dah tau dia naik darjah untuk sekolah agama. Alhamdulillah. Sembang² dengan ustazahnya masa anak² nak masuk darjah 1 ni ambik ujian saringan.

Soalan Tauhid sekolah agama memang susah. Ustazah pun cakap benda yang sama. Jadi redho je la apa pun keputusannya. Janji naik kelas.

Alya belum tahu lagi. Jadi tunggu je la. Semalam settle report kad anak² tadika. Alhamdulillah. Result Azfar turun tapi Aus cemerlang. Kata cikgu, Azfar banyak drama tahun ni. Which is true. 

Dia lebih banyak nak ikut kepala sendiri. Cikgu cakap kalau time main, Azfar main kasar sikit. Budak² sesi pagi ni majoritinya perempuan. Lemah-lembut sikit. Makanya memang tak boleh nak masuk sangat la. Dan dia paling suka matematik. Menurun the father la.

Sementara Aus senyap sikit kecuali kalau dia nampak kereta mak dia depan sekolah baru la dia macam huha huha... Mulut pun bising. Untuk sesi pagi dia seorang je budak 4 tahun. Yang lain semuanya 5 tahun. 

A bit fast in learning for his age. Ini dia follow Alya. Bila cikgu eja kat depan dan tanya budak 5 tahun, dia yang jawab. Top ranking for nursery.

As for Alya dengan Anis, peratus naik. Cuma Anis la mungkin problem sikit sebab dia tak suka Math. Salah satunya lagi dia cakap ada yang cikgu tak ajar. So tak boleh jawab. D for Math memang efek pada result akhir tahun. Ibu ok je. Dah cuba kan?! 

So next year memang kena strive hard for math. Yang ni ikut aku la kot sebab dari sekolah rendah kot aku memang flung Math. Tapi paling low pun takat C je. Bukan soalan KBAT tu pun dah C. Haha...

Alya memang dalam kelas dia tersendiri. Sebab dia jenis usaha kalau dia nak. Mungkin tak dapat 100% ikut kemahuan dia tapi cemerlang la. Semek ni bukan kaki study awal. Semuanya anak² last minute. Ini memang ikut perangai ibu abah dia.

Aku ingat pernah study awal. Konon² la nak insaf. Nak bersedia siap². Dan aku ingat jugak aku stranded page yang sama dua hari berturut² sebab tak boleh nak digest apa yang aku baca. Bila last minute ok pulak tu. Alahai...

Kesimpulannya, anak² dah buat yang terbaik. Tak boleh tahun ni kita cuba lagi tahun depan. Gagal tu nak ajar kita untuk cuba dan cuba lagi. Cuma jangan stress sangat la sebab sistem sekarang pun dah stress. Apa pun kami as parents sangatlah berbangga dan berterima kasih dengan apa yang anak² dah usahakan. 

♥ CONGRATS KIDS...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign