Fresh from the owner...

10 November 2017

Bila artis berselisih faham...


Assalamualaikum...

pic daripada google

Dah lama tak update blog. Update je terus cerita pasal dunia hiburan. Haha... Saja nak menyibuk dalam industri. Ramai yang still tak boleh move dengan drama Titian Cinta. 
Drama ni aku follow episod ke berapa entah. Tapi bukan kat tv pun. Selalunya aku download cerita ni untuk habiskan 1GB percuma hotlink dalam tempoh sejam tu.

Cerita ni sempoi daripada segi pembawaan watak² utama. Tak la over² pegang. Not too much and not too less. Romantiknya couple ni melalui body language, eye contact. 
Bukan peluk² yang melampau. Scenes terlebih romantik pun tak banyak. Sebab tu ramai suka kot. Chemistry between the leading actors pun superb.

Dan bila hero si Zul Ariffin terpalit dengan kontroversi - hasil 'kerjasama' Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson - peminat masing² mula berbalah. Yang bukan peminat pun joint sekaki. Alahai... Jadi tukang penyedap semuanya. Macam² komen boleh baca. Adoiii la...

Masing² dah kenapa? Biar la artis tu selesaikan sendiri kemelut dia orang. Tak payah komen yang 'murni²'. Doakan yang baik² dah la. Ini siap mengata. Ada yang terlebih, seolah² dia orang pulak ada dalam situasi tu.

Kita baca dah la. Tak payah nak komen over². Tak kira la peminat ke tak. Kalau dah tak ada jodoh, dah la. Biarkan habis situ je. Ini tak... Yang lebih²nya netizen la. Selalunya yang lebih sudu dari kuah ni netizen je pun.

Pic daripada google

Entah la sebab apa aku buat entri ni pun aku tak tau. Ada masa pulak aku melayan benda² lagho ni. Haha... Dan reporters pun dah² la tanya soalan yang sama je.

Daripada artis tu tak nak cakap apa² dah terpaksa buka mulut. Tension kena asak benda yang sama je. Lagi la netizen kita ni ambik kesempatan nak joint mengomen.

Apa² pun, sebagai peminat, masing² doakan aje. Jangan berbalah sesama sendiri dengan kata yang ni betul yang tu tak betul. Yang ni salah yang tu memang kaki perempuan. Yang tu childish. Yang tu mengarut, yang ni mencarut. Apahal? Dengar boleh. Baca pun boleh. Tapi komen la yang baik².

Aku bukan peminat. Cuma suka tengok chemistry yang ada antara pelakon²nya. Still aku boleh layan drama Zul Ariffin, Kamal Adli dengan Zahirah Macwilson. Cuma Emma Maembong la kureng sikit. Dia dah pakai tudung tapi still buat adegan pegang². Tak berapa best la kat situ. Layan je la.

Apa yang pasti jugak, bukan kemelut kita. Sibuk² sangat hal orang, hal sendiri tak terjaga. Lepas tu gaduh sama sendiri. Banyak benda penting lain la nak kena fikir. Tengok je. Kalau suka, okay. Tak suka move on. Hehe...





nota kaki: aku layan je cerita semua pelakon walaupun terpaksa berebut tv dengan anak². adehhh... jangan gaduh². relax² sudah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign