Fresh from the owner...

17 November 2017

Ada apa pada nombor?

Assalamualaikum...


Setiap tahun, setiap kali hujung tahun pasti isu yang sama timbul. Gred dan anak². Ranking dalam kelas. Cemerlangkah anak² kita? Jika tidak mencapai target, apa jadi pada anak²?

Persoalan dan isu yang sama. Anak² sekarang tertekan dengan sistem pembelajaran. Atapun anak² tertekan dengan expectation parents? Especially yang duduk kelas² atas.

Alhamdulillah... aku tak ada push my kids untuk score apa². My expectation pun biasa² je. Pesan aku: 'Apa pun result yang dapat, itu atas usaha masing².' I'm ok dengan apa je resultnya.

Pesan kami jugak: 'Masing² ada kelebihan masing². Relax² sudah. Tak kisah la duduk kelas mana pun.' Panjang lagi perjalanannya.

Duduk kelas atas tak semestinya sampai ke besar kelas atas. Ada je turun naik kelas. Ada jugak yang dari kelas belakang, bila besar lagi berjaya daripada orang² kelas depan.

Dan nombor bukan penentu pun. Just untuk rekod kita je. Anis, kedudukan dia dalam kelas agak jauh la berbanding masa pertengahan tahun. Dalam darjah pun sama. Kemungkinan akan turun kelas sebab dia ada D.

Aku dengan dia siap boleh ketawa lagi sebab dia ada D. Kata aku tak apa la. Next time boleh je usaha lagi. Bukan masalah besar pun turun kelas.

Berbeza la dengan Alya. Dia kemungkinan naik kelas atas berdasarkan result akhir tahun dia. Cuma pesan aku jangan stress. Jangan gelakkan orang kalau orang tu dapat result teruk ke turun kelas ke.

Kita pun ada ups and down. Jadi jangan kalut kalau dapat nombor besar². Bukan pengakhiran. Lagipun itu semua dunia je. Tak guna dunia cemerlang tapi yang akhirat ke laut.

Tapi anak² ni kadang² ada dia orang punya expectation sendiri. Bila tak dapat mula la. Parents pun kena pandai la pujuk. Ada masa makan pujuk je anak² ni. Ada masanya tak pun.

Biarkan je kalau dia nak mengamuk bagai. Nanti dia dah reda, okay je. Time tu boleh gelak bagai lagi dengan dia orang. Anak²... expectation dia orang tu untuk happykan parents je. Dengan harapan dapat nombor 1, mak ayah mesti happy gila. Bila tak dapat tu dia orang rasa down. Itu je.

Alahai... panjang pulak bebelan mak arini. Haha... Ini untuk anak². We are proud of you kids no matter what... (。’▽’。)♡




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign