✿ Rumah SalYa ✿: November 2017

Fresh from the owner...

20 November 2017

Ujian saringan Darjah 1.

Assalamualaikum...


Minggu lepas ujian saringan untuk darjah 1 bagi Azfar. Ada 580 lebih calon darjah 1 tahun 2018 dengan memperuntukkan 14 buah kelas. Tahun Anis ada 16 buah kelas. Lagi banyak. Ramai murid, persaingan lagi besar.

Tapi tahun depan sekolah baru akan buka. Bila? Tak tahu. Jadi lebih kurang dalam 100 lebih jugaklah akan pindah ke sekolah baru. Itu budak darjah 1. Nanti kelas tu akan reduce la. Seronok jugak kalau jadik pioneer kat sekolah baru. Aku rasa la. Sebab tak ramai orang kan. Jadi tekanan tu masih kurang.

Berbalik pada ujian saringan ni, ia akan tentukan kelas anak² tahun depan. Ikut kepandaian. For the first year ni, kelas mana² pun ok je. Belum tentu kelas atas akan kekal kat atas. Prestasi anak² ni kadang² turun naik. Kita tunggu dan lihat je la. Tak mahir akademik tak semestinya tak pandai. Ada kemahiran anak² kat tempat lain. Parents kena alert la.  

Mengingatkan aku pada abg aku sendiri la. Dia akademik memang ke laut. Tapi bab bertukang, baiki barangan elektrik memang pandai. Bakat semulajadi. Kalau dia menanam apa² insyaAllah tumbuh segar bugar. Kelebihan dia kat situ.

Dan result ujian saringan ni akan dapat bulan 12 nanti. Masa nak ambik tag nama sementara dengan buku teks. Nanti baru tau Azfar dapat kelas mana. Tapi tahun depan tak ada la risau sangat sebab Anis pengawas dan still ada sebelah petang. Boleh tengok²kan adik dia. 

Untuk anak², jangan stress². Relax² je dah. Janji usaha tu ada. Bak kata abah: 'Tak pandai akademik tak apa. Janji solat tak tinggal, hormat orang tua, akhlak terjaga. Itu dah cukup.' Kelebihan anak² tu berbeza. Jangan sesekali samakan... ^_^



17 November 2017

Ada apa pada nombor?

Assalamualaikum...


Setiap tahun, setiap kali hujung tahun pasti isu yang sama timbul. Gred dan anak². Ranking dalam kelas. Cemerlangkah anak² kita? Jika tidak mencapai target, apa jadi pada anak²?

Persoalan dan isu yang sama. Anak² sekarang tertekan dengan sistem pembelajaran. Atapun anak² tertekan dengan expectation parents? Especially yang duduk kelas² atas.

Alhamdulillah... aku tak ada push my kids untuk score apa². My expectation pun biasa² je. Pesan aku: 'Apa pun result yang dapat, itu atas usaha masing².' I'm ok dengan apa je resultnya.

Pesan kami jugak: 'Masing² ada kelebihan masing². Relax² sudah. Tak kisah la duduk kelas mana pun.' Panjang lagi perjalanannya.

Duduk kelas atas tak semestinya sampai ke besar kelas atas. Ada je turun naik kelas. Ada jugak yang dari kelas belakang, bila besar lagi berjaya daripada orang² kelas depan.

Dan nombor bukan penentu pun. Just untuk rekod kita je. Anis, kedudukan dia dalam kelas agak jauh la berbanding masa pertengahan tahun. Dalam darjah pun sama. Kemungkinan akan turun kelas sebab dia ada D.

Aku dengan dia siap boleh ketawa lagi sebab dia ada D. Kata aku tak apa la. Next time boleh je usaha lagi. Bukan masalah besar pun turun kelas.

Berbeza la dengan Alya. Dia kemungkinan naik kelas atas berdasarkan result akhir tahun dia. Cuma pesan aku jangan stress. Jangan gelakkan orang kalau orang tu dapat result teruk ke turun kelas ke.

Kita pun ada ups and down. Jadi jangan kalut kalau dapat nombor besar². Bukan pengakhiran. Lagipun itu semua dunia je. Tak guna dunia cemerlang tapi yang akhirat ke laut.

Tapi anak² ni kadang² ada dia orang punya expectation sendiri. Bila tak dapat mula la. Parents pun kena pandai la pujuk. Ada masa makan pujuk je anak² ni. Ada masanya tak pun.

Biarkan je kalau dia nak mengamuk bagai. Nanti dia dah reda, okay je. Time tu boleh gelak bagai lagi dengan dia orang. Anak²... expectation dia orang tu untuk happykan parents je. Dengan harapan dapat nombor 1, mak ayah mesti happy gila. Bila tak dapat tu dia orang rasa down. Itu je.

Alahai... panjang pulak bebelan mak arini. Haha... Ini untuk anak². We are proud of you kids no matter what... (。’▽’。)♡




14 November 2017

Tahniah anak-anak.

Assalamualaikum...


Exams dah habis. Result pun dah dapat kecuali sekolah agama. Next week baru tahu naik kelas ke tak. Tapi Anis aku dah tau dia naik darjah untuk sekolah agama. Alhamdulillah. Sembang² dengan ustazahnya masa anak² nak masuk darjah 1 ni ambik ujian saringan.

Soalan Tauhid sekolah agama memang susah. Ustazah pun cakap benda yang sama. Jadi redho je la apa pun keputusannya. Janji naik kelas.

Alya belum tahu lagi. Jadi tunggu je la. Semalam settle report kad anak² tadika. Alhamdulillah. Result Azfar turun tapi Aus cemerlang. Kata cikgu, Azfar banyak drama tahun ni. Which is true. 

Dia lebih banyak nak ikut kepala sendiri. Cikgu cakap kalau time main, Azfar main kasar sikit. Budak² sesi pagi ni majoritinya perempuan. Lemah-lembut sikit. Makanya memang tak boleh nak masuk sangat la. Dan dia paling suka matematik. Menurun the father la.

Sementara Aus senyap sikit kecuali kalau dia nampak kereta mak dia depan sekolah baru la dia macam huha huha... Mulut pun bising. Untuk sesi pagi dia seorang je budak 4 tahun. Yang lain semuanya 5 tahun. 

A bit fast in learning for his age. Ini dia follow Alya. Bila cikgu eja kat depan dan tanya budak 5 tahun, dia yang jawab. Top ranking for nursery.

As for Alya dengan Anis, peratus naik. Cuma Anis la mungkin problem sikit sebab dia tak suka Math. Salah satunya lagi dia cakap ada yang cikgu tak ajar. So tak boleh jawab. D for Math memang efek pada result akhir tahun. Ibu ok je. Dah cuba kan?! 

So next year memang kena strive hard for math. Yang ni ikut aku la kot sebab dari sekolah rendah kot aku memang flung Math. Tapi paling low pun takat C je. Bukan soalan KBAT tu pun dah C. Haha...

Alya memang dalam kelas dia tersendiri. Sebab dia jenis usaha kalau dia nak. Mungkin tak dapat 100% ikut kemahuan dia tapi cemerlang la. Semek ni bukan kaki study awal. Semuanya anak² last minute. Ini memang ikut perangai ibu abah dia.

Aku ingat pernah study awal. Konon² la nak insaf. Nak bersedia siap². Dan aku ingat jugak aku stranded page yang sama dua hari berturut² sebab tak boleh nak digest apa yang aku baca. Bila last minute ok pulak tu. Alahai...

Kesimpulannya, anak² dah buat yang terbaik. Tak boleh tahun ni kita cuba lagi tahun depan. Gagal tu nak ajar kita untuk cuba dan cuba lagi. Cuma jangan stress sangat la sebab sistem sekarang pun dah stress. Apa pun kami as parents sangatlah berbangga dan berterima kasih dengan apa yang anak² dah usahakan. 

♥ CONGRATS KIDS...




10 November 2017

Bila artis berselisih faham...


Assalamualaikum...

pic daripada google

Dah lama tak update blog. Update je terus cerita pasal dunia hiburan. Haha... Saja nak menyibuk dalam industri. Ramai yang still tak boleh move dengan drama Titian Cinta. 
Drama ni aku follow episod ke berapa entah. Tapi bukan kat tv pun. Selalunya aku download cerita ni untuk habiskan 1GB percuma hotlink dalam tempoh sejam tu.

Cerita ni sempoi daripada segi pembawaan watak² utama. Tak la over² pegang. Not too much and not too less. Romantiknya couple ni melalui body language, eye contact. 
Bukan peluk² yang melampau. Scenes terlebih romantik pun tak banyak. Sebab tu ramai suka kot. Chemistry between the leading actors pun superb.

Dan bila hero si Zul Ariffin terpalit dengan kontroversi - hasil 'kerjasama' Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson - peminat masing² mula berbalah. Yang bukan peminat pun joint sekaki. Alahai... Jadi tukang penyedap semuanya. Macam² komen boleh baca. Adoiii la...

Masing² dah kenapa? Biar la artis tu selesaikan sendiri kemelut dia orang. Tak payah komen yang 'murni²'. Doakan yang baik² dah la. Ini siap mengata. Ada yang terlebih, seolah² dia orang pulak ada dalam situasi tu.

Kita baca dah la. Tak payah nak komen over². Tak kira la peminat ke tak. Kalau dah tak ada jodoh, dah la. Biarkan habis situ je. Ini tak... Yang lebih²nya netizen la. Selalunya yang lebih sudu dari kuah ni netizen je pun.

Pic daripada google

Entah la sebab apa aku buat entri ni pun aku tak tau. Ada masa pulak aku melayan benda² lagho ni. Haha... Dan reporters pun dah² la tanya soalan yang sama je.

Daripada artis tu tak nak cakap apa² dah terpaksa buka mulut. Tension kena asak benda yang sama je. Lagi la netizen kita ni ambik kesempatan nak joint mengomen.

Apa² pun, sebagai peminat, masing² doakan aje. Jangan berbalah sesama sendiri dengan kata yang ni betul yang tu tak betul. Yang ni salah yang tu memang kaki perempuan. Yang tu childish. Yang tu mengarut, yang ni mencarut. Apahal? Dengar boleh. Baca pun boleh. Tapi komen la yang baik².

Aku bukan peminat. Cuma suka tengok chemistry yang ada antara pelakon²nya. Still aku boleh layan drama Zul Ariffin, Kamal Adli dengan Zahirah Macwilson. Cuma Emma Maembong la kureng sikit. Dia dah pakai tudung tapi still buat adegan pegang². Tak berapa best la kat situ. Layan je la.

Apa yang pasti jugak, bukan kemelut kita. Sibuk² sangat hal orang, hal sendiri tak terjaga. Lepas tu gaduh sama sendiri. Banyak benda penting lain la nak kena fikir. Tengok je. Kalau suka, okay. Tak suka move on. Hehe...





nota kaki: aku layan je cerita semua pelakon walaupun terpaksa berebut tv dengan anak². adehhh... jangan gaduh². relax² sudah.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign