Fresh from the owner...

17 September 2017

Sikap orang-orang kita.

Assalamualaikum...

#entri terlebih panjang#



Kemalangan ni kadang² berlaku tanpa sengaja. Contohnya macam jalan licin. Kadang² berlaku dengan sengaja. Dah tahu mengantuk, berehat la dulu. Itu contoh. 

Dan selalu jugak berlaku atas kecuaian orang lain. Nak guna jalan raya ni kena ada toleransi dua pihak. Bukan kita² je tapi orang lain kena sama² ambil kisah.

Tambahan pulak kalau musim perayaan. Semua orang nak balik kampung. Semua orang nak cepat sampai. Ramai yang pecut laju². Ramai jugak yang buat jalan raya macam jalan sendiri. Kalau lambat nanti rumah kat kampung lari. Gitu...

Berdesup je masing² merempit kat highway. Kat jalan kampung pun sama. Selekoh? Double line? Selagi boleh potong, kita kasi potong. Last² kalau tak ter'potong' orang  lain, kita ter'potong' diri sendiri. Mak ayah kat kampung dok tunggu kita sampai. Siap masak sedap². Nak sambut anak menantu balik. Sudahnya sambut mayat. Aduhai...

Tak ke sedih bila jadi macam tu? Sikap orang kita ni susah nak diperbetulkan. Nak memotong tak bagi signal. Nak potong kenderaan lain pun takut² tapi potong jugak. Keyakinan kurang pun bahaya jugak.

Macam kami sekeluarga la masa nak balik kampung baru² ni. Jalan tak ada la jammed. Biasa² je. Husben pun drive tenang² je. Tapi kereta² yang potong kita orang bukan main lagi. Berdesup.

Ada sekali tu kita orang followed belakang Avanza. Driver mpv tu macam takut² nak potong kereta² lain. Sampai 1 tahap, Avanza tu leading. Kat belakang ada sebuah lagi kereta. Kami yang ke-3 la. Depan Avanza tu lori tangki.

Disebabkan follow belakang lori tangki tu sangat memenatkan, Avanza ni nak potong la. Kereta belakang pun ready nk potong  jugak. Dah suku lori dia potong, tapi tetiba bagi signal nak masuk lorong semula. Kereta belakang dia pun macam panik jugak.

Ada kereta kat depan kot, tu pasal dia brake dan nak masuk lorong semula. Tunggu punya tunggu, tak ada kereta or whatsoever kenderaan kat depan. Tak tahu dia brake sebab apa. Mungkin tiba² rasa macam tak lepas kot. Bahaya bila teragak². Sebab yang memotong bukan dia seorang.

Dan malam kami on the way balik pun, ramai je yang memotong double line, drive laju². Sekalipun dia orang tak fikirkan keselamatan orang dalam kereta, fikir la pasal pengguna lain. Sebab husben siap brake mendadak untuk bagi laluan pada kereta yang tak lepas nak memotong. Kalau tak, entah apa jadi pada kami sekeluarga.

Dan malam tu jugak ada accident. Remuk kereta bertembung kereta. Dekat kawasan gelap yang langsung tak ada lampu. Mungkin ada pun hantu² je. Hik³...

Kata husben biarlah lambat asal tak ada nyawa melayang. Memang penat dan semua orang kalau boleh nak cepat je sampai rumah. Tapi kalau cepat bawa musibah pun tak guna jugak. Dan malam tu jugak kita orang follow belakang kancil yang sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.

Kata husben jugak tak apa la kalau lagi lambat. Kita buat amal dengan ikut belakang dia. Mana tau jadi apa² boleh kita tolong. Dan si kancil ni pulak bila melibatkan 2 lane, boleh pulak dia duduk lane kanan. Orang lain tengah laju, dia bawak macam siput.

Adoiii... Ada jugak la spesis macam ni. Dia macam tak peduli pun dia duduk lane kanan, lane yang tak sepatutnya dia berada. Bukan sekejap. Ada la dalam 15 minit dia duduk lane tu sebelum husben decided nak tinggalkan dia lepas traffic light... ^o^

Itu la sikap orang² kita sebenarnya. Susah nak ubah kalau diri sendiri tak nak berubah. Signal pun mahal nak 'bagi' apatah lagi angkat tangan kalau buat salah. At least tak ada la rasa nak marah sangat kalau buat salah angkat tangan kan?!



my foot: membebel tak ingat dunia pulak akak ni. huhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign