Fresh from the owner...

05 September 2017

My survival baby.



Anis turns 8. Dah 8 tahun berlalu. Anis pun dah besar. 8 tahun dulu, masa umur dia 2 bulan lebih, dimasukkan ke wad PICU sebab ada kuman dalam paru². Kuman merebak sangat cepat. Daripada sebelah paru² je dah transfer ke sebelah paru² lagi.

Masa tu H1N1 tengah berleluasa. Tapi dia tak ada jangkitan tu. Dia ditidurkan. 10 hari dalam PICU dengan perkhabaran chancesnya 50-50. Berharap pertukaran antibiotik akan bagi kesan positif.

Saat tu, setiap doa diperlukan. Ada kawan membawa doa untuk kesembuhan Anis sampai ke Mekah. Bakal mak saudara melaksanakan solat hajat di Mesir. Saat parents berusaha untuk kekal kuat, doa2 dan usaha tidak putus.

Alhamdulillah... Anis di sini sekarang walaupun dia mudah sangat sakit. Terima kasih atas doa² yang tidak putus itu. Dugaan buat kami ibu bapanya. Ada lagi yang bernasib tidak baik berbanding kami.

Tapi kami sangat bersyukur kerana Allah panjangkan usia anak ini. Semoga menjadi anak solehah wahai anak.

Sanah helwah Anis. We ♥ you...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign