Fresh from the owner...

03 August 2017

Syawal random pictures.


Kenangan sepanjang Syawal 2017. Tahun ni rayanya di Pekan. Tema asal baju tak pernahnya sama.

Plan lain, end up kaler mesti jadik lain. Tak apa la. Asal ada baju. Yang penting baju anak² sebenarnya. Mak bapak bukan priority lagi.

Last year punya raya pun aku pakai apa yang ada je. Janji kaler sama. Hehe... Aku je la. Yang lain² semua brand new.


Lepas salam² raya ada sesi bergambar. Tahun lepas tak ada sekeping pun gambar raya. Masing² macam not in the mood je.


Bukan senang nak ambik gambar dengan orang tua sendiri. Tambahan pulak dah tua² ni kesihatan pun 'kureng' sikit. Tapi alhamdulillah, setakat ni masih dikurniakan kesihatan yang agak baik.


Me and my sisters. Tak pernah bergambar bersama. Dah bertahun jugak. Especially time raya. Mana ada gambar sama² pun. This year memang aku punya lucky year. Boleh beraya dan ambik gambar sama². I'm blessed.


Ni pic me dengan my eldest brother. Masa aku kecik Ya Allah... garang gila mamat ni. Pernah sekali kena libas dengan tuala sebab balik lambat kat rumah. Dah maghrib baru balik. Main sampai tak ingat rumah. Koh³... 

Ada sekali tu dia mengamuk tumbuk dinding, pecah okay. Hehe... Dinding plywood. Nipis je. Kesnya aku dengan kakak aku berlari depan dia masa dia tengah makan nasi. Apalagi... mendapat la jawabnya. Mujur la dinding je kena. Kalau muka yang kena? Hoho...

Tapi itu dulu. Masa kecik². Dah besar ni lain la. Okay je dia... ~_~


Yang ni gambar gegirl je. Mak² dengan anak². Yang boiboy taknak bergambar pulak. Entah apa². Tapi tak cukup korum jugak ni. 

Ada dua families yang tak ada kat sini. Dua² families my brothers yang punya. Yang eldest still kat rumah. Yang satu lagi turn balik Kedah. Jadi tahun ni tak ada. 

Tahun lepas pun tak jumpa. Dia balik lepas aku balik  Dungun. By the time aku balik Pekan, dia dah balik Klang. Ada tahun dia memang tak dapat cuti. Balik kejap je la.


Ni my nephew. Dah besar. Dulu dia lambat berjalan berbanding sepupu yang sama umur dengan dia. Macam ulat beluncas kalau tengok dia bergerak. Haha... 

Tapi lambat pun standard baby la. Setahun lebih baru dapat kaki. Dan dia paling kamceng dengan Anis kot. Kalau Anis nangis ke apa ke, suruh la dia pujuk. Mak malas layan. Haha...


Ni on the way balik Dungun. Balik hari. Bawak anak² buah 3 orang yang teringin nak merasa beraya kat Dungun.

Balik jugak Dungun. Beraya mana² pun sama je pada aku. Cuma anak² mungkin suka lebih kat Pekan sebab kawasan rumah Tok Abahnya luas. 

Kalau balik Dungun, kawasan rumah Tok Mienya macam kat Johor jugak. Kawasan perumahan. Cuma rumah Tok Mie mengadap jalanraya. Rumah sendiri kat Johor tak. 


Ni my friend yang tinggal kat Dungun. First time jumpa time raya lepas la.  Last jumpa sebelum dia pindah masa form 4. Last year jumpa dalam whatsapp. Lepas tu ada 2-3 kali plan nak jumpa time aku balik Dumgun. Tapi tak ada rezeki.

Masa sekolah dulu kira dia gadis cun la. Stok macam lembut² gitu. Aku pernah khianat dia (sangat tak baik okay. Tapi dia tahu. Entahlah... menyampah kot masa tu dengan dia. Form 2. Budak² lagi...) dulu. 

Aku buang angin tayar basikal dia. Adoiii la... balik sekolah seret basikal kawan tu. Nasib baik la rumah tak jauh mana dengan sekolah. Rumah dia la. Rumah aku jauh lagi.

Tapi sekarang dia tak macam dulu. Bukan stok lembut² lagi dah walaupun rupa sama. Cuma size la besar sikit. Dulu sedang² je. Hehe... Betul la tu kan Zya. Apa pun, aku doakan kau dikurniakan cahayamata secepat mungkin. Aamiin...





my note: syawal untuk diraikan bersama. kenangan terindah terpahat di jiwa biarpun pahit terselit juga di antaranya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign