Fresh from the owner...

02 August 2017

Rindu blog.


Rindu dengan blog sendiri. Dah lama terabai. Tuan blog pun malas nak update blog. Kah3... Bukan tak ada cerita. Ada je tapi mood tu tak datang² la. Macam mana tu? Rasanya macam nak kena pencen berblog tapi sayang la pulak.

Tu la, bila sesekali rindu, menaip jugak la barang sepatah dua kata. Jadi la kan. Janji ado.  Syawal dah lama habis. Sekarang ni orang dok berkira² nak sambut raya haji pulak.

Banyak cuti bulan September nanti. Kejap² cuti. Sekolah dua tiga hati je cuti. Meriah dengan cuti. Tapi cuti banyak pun bukan boleh cuti jugak. Sesekali dalam sebulan tu boleh la kalau nak balik kampung pun kan.

Sekarang ni nak buat preparation untuk ujian saringan Darjah 1 si Azfar. Ujiannya 7/10. Dah tak lama mana dah. Nak kena mantapkan lagi pembacaan dia.

Alya dengan Anis pulak nak grading bulan ni. Bila? Tak tau lagi. Bulan depan nak kena join kejohanan tertutup pulak. Sir dah sound, jangan kata demam la apa la. Haha... Kejohanan kali ni dekat je dengan rumah. So senang nak hantar. Nak balik rumah kejap pun boleh.

Last year diaorang tak dapat joint sebab Anis demam. Memang demam pun. Sakit kepala segala. Takkan nak angkut semua pergi kejohanan tu. Dah la dari pagi sampai petang. Lagi mengaruk dia susah pulak aku. Suruh abahnya bawak Alya seorang tak nak. Huhu...

Sudahnya tak payah pergi semua. Senang cerita. Tapi itu cerita dulu. Ini pun baru dengar ada kejohanan dah berdebar² bukan main lagi diaorang.

Anak² la. Tapi aku pesan, kejohanan ni bukan pasal kalah dan menang. Kalau dah cuba tak boleh, tak apa. Asal dah usaha dan cuba. Itu dah cukup. Kemenangan tu bonus.

Hoho... Konon² la nak taip sepatah dia kata. Sudahnya dah jadi berpatah². Asal jari menaip, ada je ceritanya. Sabo je la.





my note: sesekali melepas rindu, apa sajalahnya kan?!  ≧∇≦





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign