Fresh from the owner...

04 August 2017

Diamond Cream daripada CQueen.


Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita pasal produk daripada CQueen ni. Actually ni first time aku jumpa foundation yang sesuai dengan kulit. Foundation yang aku suka.

Sebelum ni dah try macam². Daripada yang mahal kepada yang affordable price. Yang mahal tu tak ada la mahal sangat. Cuma brand la.

Walaupun produk tu kata sesuai untuk kulit berminyak la. Tak bercapuk la lepas guna. Kulit glowing-mowing bagai tapi lepas guna je tak best pun. Starting okay. Dah lama sikit, bila muka berpeluh terasa berat foundation yang aku guna tu.

Comel je DC ni. Senang nak bawa ke mana².

Guna Diamond Cream (DC) ni, alhamdulillah serasi sangat. Sesuai la. Sebabnya DC ni tak bercapuk, tak berat pada muka. Memang kalau tak cuba maka tak cinta.

Tekstur DC ni macam bedak. Halus. Calit² kat muka, bila sapu rasa macam sapu bedak je. Budak² pun boleh guna. Aku selalu je pakaikan kat anak² kalau rasa nak berjemur tengah panas. DC ni ada spf jugak. Memang tak risau la.

First time guna masa raya. Bila dah sapu foundation ni rasa macam tak pakai apa². Muka memang rasa ringan je. Tak ada la kejap² nak kena lap muka dengan tisu kan? Hehe... 

Foundation lain sebelum ni memang bagi kesan macam tu pada aku. Kejap² rasa nak lap muka dengan tisu. Adoiii la...

Mak anak ramai nak. Bila nak kena lap muka dengan tisu je naik rimas pun ye jugak. Lagi pulak, ada certain foundation yang aka tinggalkan kesan pada baju la, tudung la. Dengan DC ni insya-Allah, ia merawat kulit lagi kalau kita pakai.

Kalau ada yang nak cuba DC ni boleh roger² akak. Tahan lama jugak DC ni. Calit sikit² je. Nanti akak post sekeping pic sebelum dan selepas guna DC. Akak la pulak. Aku bukan suka solek² bagai ni. Tapi dengan DC ni rasa nak sapu je kat muka. Best wa cakap lu... 😍




my note: next time kita cerita pasal kelebihan DC. aku promote sebab aku guna dan ia best. kalau tak, aku buat tak tau je. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Foundation ni ringan tak =)

    ReplyDelete
  2. Ringan sangat sis. X terasa macam pakai apa2 kat muka.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign