✿ Rumah SalYa ✿: July 2017

Fresh from the owner...

12 July 2017

Bila hilang nikmat sihat.


google image

Dah lama tak update blog. Selalu sangat berebut handphone dengan anak² bertuah. Itu pun mak kena mintak sebab nak tengok whatsapp sekolah. Kot² ada benda penting kalau terlepas pandang kesian kat kakak². Adoiii la...

Bercerita tentang sakit diuji tu, dua bulan sebelum Ramadan aku sakit pinggang. Tiba² je sakit pinggang yang mula²nya boleh tahan je. Ingatkan tak ada la teruk sangat. Dalam seminggu dua okay la ni.

Sakit pinggang asalnya cuma bahagian sebelah kanan je. Sakit yang rasa macam kena cucuk² je pinggang tu. Bukan pinggang la. Macam dalam tulang je rasa. Daripada boleh tahan kepada tak tertahan.

Ya Allah, sakitnya tak tau nak cakap macam mana. Sakitnya tu sampai ke pangkal ari². Banyak kerja tak boleh nak buat. Tunduk tak boleh, baring okay je tapi nak mengiring tu subhanallah... sakit. Duduk pun tak boleh lama². 

Memang bertahan dari minggu ke minggu dengan harapan akan hilang la sakit tu bila bangun pagi. Nak dukung² anak memang tak la. Apatah lagi nak angkat benda berat². Kalau terlebih buat kerja alamatnya kejap lagi memang mengidap. Sakit sampai nak bangun pun tak larat. Dugaan betul.

Ke klinik dia cakap stress. Dapat ubat tahan sakit yang mana tak berkesan langsung. Sakitnya makin menjadi². Nak memasak pun memaksa diri sebab nak berdiri lama tak larat. Makin sakit. Naik motor terhentak sikit kat bonggol rasa macam nak tercabut pinggang².

Memang Allah uji. Tapi redha je la. Ada khilaf aku kat mana² tu yang aku sedar mahupun tak sedar. Orang tengok macam tak ada apa². Tapi sakit tu aku je la yang tanggung. Sebab orang tak tahu macam mana rasa sakit tu. Minyak panas yang pada mulanya agak melegakan rasa sakit sebab rasa berangin panas je dah tak rasa apa² lagi dah.

Nak batuk dengan bersin pun takut. Sekali batuk dengan bersin sakitnya Allah je tau. Allah tarik nikmat sihat. Nak rukuk dengan sujud time solat, Ya Allah, rasa macam nak tercabut habis pinggang. Tapi dalam hati tawakal. Kalau sakit ni mampu hapuskan dosa² aku, memang aku redha. 

Kalau hantar anak² sekolah, nak keluar dari kereta memang kena pegang pintu. Kadang² nak bangun lepas duduk tu macam orang tua bongkok dah rasanya. Tak boleh berdiri tegak. Tapi banyak benda yang kena buat walaupun sakit. Tak ada pilihan.

Masuk bulan puasa, sakit pinggang makin menjadi². Kejap sakit sebelah kanan, sekejap sebelah kiri. Kadang² kanan bawak ke tengah kemudian ke belah kiri. Ada masa sakit sampai ke peha sebelah kanan. Bulan Ramadan bulan mustajab. Berdoa la untuk apa saja insyaAllah akan ada jalan penyudahnya. 

Doa sentiasa tak putus. Tapi jika sakit tu adalah yang terbaik untuk aku maka aku redha seikhlas hati menanggungnya. Tapi kalau sakit tu untuk peringatan, maka permudahkanlah. Sebab kita pun tak tau apa yang terbaik untuk kita kan?

Sampai ke satu tahap dalam bulan puasa tu, nak berjalan ke tempat dekat² pun sakit bukan main lagi. Nak naik tangga yang tak sampai sejengkal pun menangkap terus ke dalam tulang. Apatah lagi nak naik tangga rumah sendiri. Daripada baring nak bangun pun bukan main terseksa lagi.

Tak ada kata mampu luahkan rasa sakit tu. Tahan sorang² je la. Selalu aku muhasabah diri. Mungkin aku dah rasa sakit sangat masa tu. Tapi ada orang lain yang lebih menderita dari aku. Memang pasrah la.

Balik kampung time bulan puasa memang kena tahan sakit berganda². Sebab orang tau sakit tapi orang tak tau macam mana rasa sakit tu. Tapi betullah. Allah uji sebab dia sayang. Allah uji sebab dia tau aku masih mampu tahan walaupun kata hati memang tak tahan dah. Huhu...

Dan aku sendiri tak tahu masa bila sakit tu hilang. Tapi yang pastinya sebelum Syawal menjelang. Mungkin sehari sebelum. Allah permudahkan urusan sakit aku tu tapi diganti dengan sakit yang lain pulak.

 Balasan buat hambaNYA yang lagho. Maafkan la hambaMU yang selalu alpa ini Ya Allah... (╥_╥)





my note: alhamdulillah. bersyukur kerana masih diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusanku olehNYA.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign