Fresh from the owner...

22 May 2017

Sukaneka Tadika Nur Husna.


Assalamualaikum...

Sukaneka ni berlangsung hari sabtu bersamaan dengan birthday si Azfar. Last year tak ada sukaneka sebab kesuntukkan masa katanya. Tapi tahun sebelum tu ada je. 

Dan tahun ni ada pulak. Kali ni aku ada Azfar dengan Aus. Cumanya Azfar dua hari sebelum sukaneka kakinya terseliuh sikit. Melompat dari tangga la apalagi. Tapi dia cakap jatuh tangga. Of course la aku tak percaya.

Tangga tu kadang² jadi mainan dia orang untuk melompat dari atas ke bawah. Adoiii la... Bernasib baik memang tak tergelincir. Sekali tak bernasib baik, itu la makannya. Tapi hari sukaneka tu dia memang nak joint jugak. Dia kata boleh, layan je la.

Tambahan pulak birthday dia. Memang la dia tak nak missed apa². 2 tahun lepas, Azfar pasukan biru. Tahun ni pasukan hijau dan Aus pulak pasukan merah.

Biar gambar je la berbicara:


Lepas register dan dapat sarapan, terus pinkan kain kat bahagian depan. Kalau suruh abahnya, senget² je dipinkan kain tu... 😅


Acara pertama lepas senamrobik bagai. Bawak bola dalam kon. Acara pertama Aus. Group dia menang sebab tak dengar arahan. Haha... Tak apalah. Just for fun kan.


Acara pertama Azfar bawak bola dalam gelung. Steady je dengan kaki yang sakit. Group hijau selalu dapat last sebab team dia orang hantar peserta cukup. Team lain kurang ahli sebab ada yang tak datang. Dia orang patut buat pusingan tapi tak buat pun.


Acara last Aus, lari baton. Yang ni je kira adil sebab dia orang lari lagi dua kali sebab teammates tak cukup.  Acara  ni nampak la team mana yang kuat. Yang ni pun Aus menang. Group dia la.

Untuk Azfar, last game dia kena baling bola dalam bakul lepas tu lari. Yang ni pun adil jugak sebab ikut bilangan bola. Team mana yang ada lebih tu dia kena buat pusingan lagi la. Yang ni Azfar menang sebab group dia memang cukup orangnya. Memang team dia ok pun. 


Dah puas bersukan, dapat hadiah... Time untuk balik. Masa ni panas bukan main lagi walaupun baru pukul 10 lebih. Budak² suka la. Benda untuk seronok².

Si kembar berlainan tahun ni ada la macam dengki² sikit dengan si adik sebbab masa dia tadika dulu tak ada sukaneka ni. Dia orang bukan sekolah tadika yang sama pun. 

Tadika dia orang lagi mahal bayar tapi aktiviti luar kureng kalau nak dibandingkan dengan tadika Azfar Aus ni. Nak buat macam mana. Mana la ibu abah tau yang tiap satu tadika ni berbeza² anak oiii...

Lepas ni nak celebrate birthday yang lahir bulan Mei hari Khamis ni. Mak dah pening nak bawak apa la ke tadika.



my note: Masih memikirkan menu yang sesuai untuk budak² ni. Try tak nak bagi jajan lagi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign