Fresh from the owner...

11 May 2017

Selamat datang Mei.


Assalamualaikum...

image dari google


Bulan April sudah melabuhkan tirai. Giliran bulan Mei menggalas tugas. Ramadhan pun dah tak lama lagi bakal menjengah. Berazam tahun ini untuk menunaikan apa yang perlu.

Usia bukan lagi muda tapi hampir mahu mencecah ke angka 4. Bukan waktu untuk terus terleka. Tapi waktu untuk menampal kepincangan dalam beribadah. Semoga dipermudahkan niat di hati.

Berubah tidak susah tapi istiqomah untuk kekal dalam perubahan itu yang payah. Hakikatnya hati mudah goyah. Perlu dipaksi dengan besi agar kukuh dan kekuatan diri mampu bertahan.

Bulan Mei kenangan 2007 terpahat dalam hati. Saat berlangsungnya konvokesyen, aku ditemani suami. Dia menunaikan keinginan hati seorang aku tanpa banyak bicara. Segala²nya atas tanggungan seorang dia.

Dan buat seorang sahabat merangkap seorang adik dan bekas PA (kamu tahu siapa kamu), aku berterima kasih kerana kamu masih mahu membantu seorang aku. Semoga dirimu dilimpahi rahmat Allah atas kebaikan yang telah diberikan. Terima kasih daun keladi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign