Fresh from the owner...

23 May 2017

Sekuntum bunga dari hati.


Assalamualaikum...



Ini pemberian daripada budak dua beradik. Balik sekolah, masuk je dalam kereta Aus pun cakap: "Ini bunga untuk ibu." Mak senyum je tengok bunga.

"Abang mintak dengan cikgu," itu kata Azfar. Kalau Azfar yang mintak ni mesti kes salah faham. Aku ada mintak Azfar tanyakan cikgu dia pasal bunga yang dia orang tanam last year. 

Time tu Azfar tak datang sebab demam. Aku suka tengok pokok bunga tu sebab dia sentiasa berbunga. Ada kaler merah, putih dengan kuning bunganya. Sekarang ni jiran aku tanam bunga tu.

Azfar tanya: "Ibu suka tak?" Alahai anak. Apa pun yang kamu bagi walaupun cuma sehelai kertas, ibu suka je.

Kata Aus pulak: "Ni bunga hari raya untuk ibu." Hahaha... Bukan bunga hari raya tapi Bunga Raya la.

Apa pun, terima kasih untuk sayang² ibu. The simple gesture mencairkan hati seorang ibu. Muaahhh...




My note: Ini cerita bulan April yang lalu. Dah ada dalam draft tapi lupa nak publish. Huhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign