✿ Rumah SalYa ✿: May 2017

Fresh from the owner...

27 May 2017

Salam Ramadan 2017



Mohon maaf atas segala khilaf. Terlanjur kata dan bicara. Semoga ukhwah kita terjalin dengan rahmat dari Allah jua.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah² lain juga. Semoga puasa kita berkat ye. Aamiin...

26 May 2017

10 tahun bersamamu.


Assalamualaikum...

10 tahun tanpa rasa jemu...


10 tahun bukanlah lama. Malahan bukan juga baru. 10 tahun yang kita lalui penuh suka duka. Penuh dengan warna-warni kehidupan. Beronak dan berliku. 10 tahun yang tidak juga mudah. Tidak juga susah.

10 tahun ini kita berpegang pada diri sendiri. Padamu aku berpaut tanpa ada rasa takut. Mengharungi badai alam rumahtangga sehabis daya sehabis tenaga mencari bahagia.

Kehidupan kita, kita sendiri yang mencorakkannya. Aku ada khilaf tersendiri. Degil katamu tapi masih menyayangi. Tidak boleh ditegur, berusaha juga untuk melentur.

10 tahun kita ini hanya kita saja yang tahu. Aku sayang kamu dan sentiasa berdoa agar dipertemukan kita di syurgaNYA. Doa juga mengiringi kesayangan kita berlima agar menjadi insan berguna, anak² yang soleh dan solehah, mujahid dan mujahidah.

Ya Allah... Satukanlah hati kami dan jadikanlah kami hamba²MU yang senantiasa bersyukur. Aamiin...

24 May 2017

~ WW #127 ~ My All.





My note: Terima kasih kerana menyinari hidup seorang isteri dan ibu... ♥♥♥



23 May 2017

Sekuntum bunga dari hati.


Assalamualaikum...



Ini pemberian daripada budak dua beradik. Balik sekolah, masuk je dalam kereta Aus pun cakap: "Ini bunga untuk ibu." Mak senyum je tengok bunga.

"Abang mintak dengan cikgu," itu kata Azfar. Kalau Azfar yang mintak ni mesti kes salah faham. Aku ada mintak Azfar tanyakan cikgu dia pasal bunga yang dia orang tanam last year. 

Time tu Azfar tak datang sebab demam. Aku suka tengok pokok bunga tu sebab dia sentiasa berbunga. Ada kaler merah, putih dengan kuning bunganya. Sekarang ni jiran aku tanam bunga tu.

Azfar tanya: "Ibu suka tak?" Alahai anak. Apa pun yang kamu bagi walaupun cuma sehelai kertas, ibu suka je.

Kata Aus pulak: "Ni bunga hari raya untuk ibu." Hahaha... Bukan bunga hari raya tapi Bunga Raya la.

Apa pun, terima kasih untuk sayang² ibu. The simple gesture mencairkan hati seorang ibu. Muaahhh...




My note: Ini cerita bulan April yang lalu. Dah ada dalam draft tapi lupa nak publish. Huhu...



22 May 2017

Sukaneka Tadika Nur Husna.


Assalamualaikum...

Sukaneka ni berlangsung hari sabtu bersamaan dengan birthday si Azfar. Last year tak ada sukaneka sebab kesuntukkan masa katanya. Tapi tahun sebelum tu ada je. 

Dan tahun ni ada pulak. Kali ni aku ada Azfar dengan Aus. Cumanya Azfar dua hari sebelum sukaneka kakinya terseliuh sikit. Melompat dari tangga la apalagi. Tapi dia cakap jatuh tangga. Of course la aku tak percaya.

Tangga tu kadang² jadi mainan dia orang untuk melompat dari atas ke bawah. Adoiii la... Bernasib baik memang tak tergelincir. Sekali tak bernasib baik, itu la makannya. Tapi hari sukaneka tu dia memang nak joint jugak. Dia kata boleh, layan je la.

Tambahan pulak birthday dia. Memang la dia tak nak missed apa². 2 tahun lepas, Azfar pasukan biru. Tahun ni pasukan hijau dan Aus pulak pasukan merah.

Biar gambar je la berbicara:


Lepas register dan dapat sarapan, terus pinkan kain kat bahagian depan. Kalau suruh abahnya, senget² je dipinkan kain tu... 😅


Acara pertama lepas senamrobik bagai. Bawak bola dalam kon. Acara pertama Aus. Group dia menang sebab tak dengar arahan. Haha... Tak apalah. Just for fun kan.


Acara pertama Azfar bawak bola dalam gelung. Steady je dengan kaki yang sakit. Group hijau selalu dapat last sebab team dia orang hantar peserta cukup. Team lain kurang ahli sebab ada yang tak datang. Dia orang patut buat pusingan tapi tak buat pun.


Acara last Aus, lari baton. Yang ni je kira adil sebab dia orang lari lagi dua kali sebab teammates tak cukup.  Acara  ni nampak la team mana yang kuat. Yang ni pun Aus menang. Group dia la.

Untuk Azfar, last game dia kena baling bola dalam bakul lepas tu lari. Yang ni pun adil jugak sebab ikut bilangan bola. Team mana yang ada lebih tu dia kena buat pusingan lagi la. Yang ni Azfar menang sebab group dia memang cukup orangnya. Memang team dia ok pun. 


Dah puas bersukan, dapat hadiah... Time untuk balik. Masa ni panas bukan main lagi walaupun baru pukul 10 lebih. Budak² suka la. Benda untuk seronok².

Si kembar berlainan tahun ni ada la macam dengki² sikit dengan si adik sebbab masa dia tadika dulu tak ada sukaneka ni. Dia orang bukan sekolah tadika yang sama pun. 

Tadika dia orang lagi mahal bayar tapi aktiviti luar kureng kalau nak dibandingkan dengan tadika Azfar Aus ni. Nak buat macam mana. Mana la ibu abah tau yang tiap satu tadika ni berbeza² anak oiii...

Lepas ni nak celebrate birthday yang lahir bulan Mei hari Khamis ni. Mak dah pening nak bawak apa la ke tadika.



my note: Masih memikirkan menu yang sesuai untuk budak² ni. Try tak nak bagi jajan lagi. 



21 May 2017

Saja seronok-seronok.



Trying out what other moms have been posting. Lets see whether I still remember all the details for my babies.

1. Epidural?

✔️ NO for all kiddos.

2. Father in the room?

✔️ 1st: YES.
✔️ 2nd: YES
✔️ 3rd: YES
✔️ 4th: NO (cepat sangat nak keluar and the father tengah sibuk registerkan mak..)
✔️ 5th: YES

3. Induced?

✔️NO for all kiddos.

4. Know the sex beforehand?

✔️ 1st: reserved. Doc pun tak pernah tanya nak tahu gender ke tak. Hmmm...
✔️ 2nd: YES.
✔️ 3rd: YES.
✔️ 4th: YES. Tak tanya pun tapi doc yang bagitau.
✔️ 5th: YES. Yang ni pun sama. Doc rajin bagitau walaupun tak tanya.

5. Due date?

Tak exactly ingat the EDD tapi remember the month. Malas nak selongkar box. Hehe...

✔️ 1st: End of March tapi born at 32 weeks (premature).
✔️ 2nd: Middle October tapi born at 34 weeks (premature).
✔️ 3rd: End of May but born 2 weeks earlier.
✔️ 4th: Early September but born 2 weeks earlier also.
✔️ 5th: End of March but born at 35 weeks (premature).

6. Birth date?

✔️ 1st: 17/02/2008 - 3.06 pm
✔️ 2nd: 05/09/2009 - 9.21 pm
✔️ 3rd: 13/05/2011 - 9.21 am
✔️ 4th: 30/08/2013 - 8.16 pm
✔️ 5th: 25/02/2015 - 12.16 pm

7. Morning sickness?

✔️ Yup sampai 3rd month. Lepas tu okay je. 2nd child tak ada morning sickness. Tapi paling teruk morning sickness masa 1st child la. Yang lain² tu moderate je. Still can handle.

8. Craving?

✔️ 1st: Manggis. 4kg boleh hadap sorang je.
✔️ 2nd: Semua makan sebab tak ada alahan. Tapi suka sangat dengan nasi goreng ayam kedai mamak. Sebab tu dapat GDM time pregnant.
✔️ 3rd:  Craving for sweet things kot. Lupa pulak la anak no.3 ni cravingkan apa. Hehe...
✔️ 4th: Nasi ayam. And ada sekali tu nak makan nasi ayam made by my biras. Alhamdulillah. Dapat. Koh³...
✔️ 5th: Jemput² kelapa made by my sister.

9. Kilos gained?

✔️ Tak banyak kilos naik. Ada ups and downs. Kadang² naik, kadang² turun. Kadang² statik je. Gained weight paling banyak masa 2nd child sebab semua benda nak makan. Haha...

10. Sex of the baby?

✔️ 1st: Girl
✔️ 2nd: Girl
✔️ 3rd: Boy
✔️ 4th: Boy
✔️ 5th: Boy

11. Place you gave birth?

✔️ 1st: Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
✔️ 2nd: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
✔️ 3rd: Hospital Pekan, Pekan.
✔️ 4th: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
✔️ 5th: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

12. Hours in labor?

✔️ Semuanya tak sampai sejam pun masuk labor room terus delivered. Alhamdulillah. Tak lama. Paling cepat 4th child. 16 minit je dalam labor room. Itu yang abahnya tak sempat nak ada sama.

13. Baby's weight?

✔️ 1st: 1.97kg
✔️ 2nd: 2.3kg
✔️ 3rd: 3.2kg
✔️ 4th: 2.75kg
✔️ 5th: 2.5kg

14. Baby's name?

✔️ 1st: Nur Ismahani Alya
✔️ 2nd: Nur Anis Insyirah
✔️ 3rd: Muhammad Izz Azfar
✔️ 4th: Muhammad Aus Irsyad
✔️ 5th: Muhammad Imran Afiq

15. How old is your baby today?

✔️ 1st: 9 years, 3 months and 4 days.
✔️ 2nd: 7 years, 8 months and 16 days.
✔️ 3rd: 6 years and 8 days.
✔️ 4th: 3 years, 7 months and 22 days.
✔️ 5th: 2 years, 2 months and 27 days.

16. Most memorable event during the pregnancy and delivery?

✔️ 1st: Time nak dihantar ke labor room, nurse siap cakap: "Boleh senyum lagi. Tak ada gaya macam orang nak bersalin pun." Lepas bersalin je, mintak nurse plastik sebab tiba² rasa nak muntah. Nasib baik dapat. Kalau takkesian kat cleaner. Huhu...

✔️ 2nd: Masa kena tahan sebelum masuk labor room menunggu doc pakar sebab dia orang try nak bg ubat utk hold kelahiran baby (sampai bersalin muka doc pakar pun tak nampak), nurse cakap: "Perut rasa panas je. Biasanya kalau panas macam ni mesti bersalin malam ni jugak." Memang malam tu jugak keluarnya.

✔️ 3rd: Doc checked berat baby ms last appointment. Sebab dia cakap macam tak jumpa je kita lepas ni yang mana benar. Hehe... Dan doc kata berat baby dalam 2 kg lebih je. Eh²... Dah bersalin sebelum timbang pun nurse boleh sembang: "Dalam 2.8kg je ni." Sekali timbang, 3.2 kg. Tersasar. Siap cakap: "Pipi ni sampai ke besar la chubbynya." Ok, yang tu benar² belaka.

✔️ 4th: Untuk yang ni, sampai hospital je checked jalan dah buka 7cm. Bawak labor room tak sampai 16 minit dah selamat. Doc siap cakap: "Kalau semua ibu² macam puan kan senang." Kah³...

✔️ 5th: Kewujudan dia dirahsiakan. Haha... Family aku dengan  a few jirans plus kawan² yang tau. So bila dia lahir, semua orang macam terkejut la. Especially family sebelah husben. Bukan aku tak nak cakap. Husben kata nak buat surprise.



13 May 2017

Muhammad Izz Azfar turns 6.


Assalamualaikum...


Hari ni genap umur Abang 6 tahun. Macam² peel Abang. Manja pun boleh tahan. Cengeng kata orang. 

Abang anak lelaki sulung. Punya ragam tersendiri. Kadang² memang menguji emosi dan pertahanan diri.

Tapi itu tak bermakna Abang tidak disayangi. Abang memang abang terbaik untuk adik². Ada masa menguji, ada masa pantas dipuji.

Tahun ni sukan tadika abang buat pada tarikh birthday abang ni. Kiranya double celebration la. 

Semoga abang membesar sebagai anak yang cemerlang dunia akhirat. Doa ibu abah sentiasa mengiringi anak².

♥♥♥ KAMI SAYANG KAMU... ♥♥♥





11 May 2017

Selamat datang Mei.


Assalamualaikum...

image dari google


Bulan April sudah melabuhkan tirai. Giliran bulan Mei menggalas tugas. Ramadhan pun dah tak lama lagi bakal menjengah. Berazam tahun ini untuk menunaikan apa yang perlu.

Usia bukan lagi muda tapi hampir mahu mencecah ke angka 4. Bukan waktu untuk terus terleka. Tapi waktu untuk menampal kepincangan dalam beribadah. Semoga dipermudahkan niat di hati.

Berubah tidak susah tapi istiqomah untuk kekal dalam perubahan itu yang payah. Hakikatnya hati mudah goyah. Perlu dipaksi dengan besi agar kukuh dan kekuatan diri mampu bertahan.

Bulan Mei kenangan 2007 terpahat dalam hati. Saat berlangsungnya konvokesyen, aku ditemani suami. Dia menunaikan keinginan hati seorang aku tanpa banyak bicara. Segala²nya atas tanggungan seorang dia.

Dan buat seorang sahabat merangkap seorang adik dan bekas PA (kamu tahu siapa kamu), aku berterima kasih kerana kamu masih mahu membantu seorang aku. Semoga dirimu dilimpahi rahmat Allah atas kebaikan yang telah diberikan. Terima kasih daun keladi...



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign