Fresh from the owner...

19 March 2017

Wrapped up story untuk Februari.


Assalamualaikum...

Patutnya entri ni dah lama publish. Tapi tu la. Dok terperap je dalam draft. Kadang² dah taip separuh jalan hilang mood pulak. Koh³... Itu yang tersadai je dalam draft.

Tapi malam ni nak menghabiskan jugak entri ni sebab bulan 3 pun dah nak menuju ke penghujungnya. 

Ini pics random. Tak ikut turutan sangat pun. Tapi semuanya cerita bulan Februari. Sekadar untuk kenang²an gitu. 


Pertukaran daripada lama kepada baru. Hadiah awal bulan. Terpaksa melepaskan kesayangan hati yang setia berkhidmat sekian lama tapi sudah terlalu tua dan tidak mampu 'berjalan' jauh. Demi mencari sesuap nasi, JGS kini hanya tinggal kenangan... 😢

Selamat datang ahli keluarga baru! Okay la... Agak poyo tapi saja nak catatkan kenangan tu.


Awal bulan juga dia dah pandai 'bawa' basikal. Sebelum² ni dah pernah cuba tapi Kak Ngah Anis ni jenis cuba sekejap je. Bila tak boleh buat, terus nak berhenti. Adoiii la...

Mintak belikan basikal bukan main lagi. Kali ni bawak melepak kat taman. Asalnya nak bagi Afiq angin segar sikit. Sudahnya bila ramai dah joint, ada la yang sudi mengajar Anis ni. Alhamdulillah, kejap je belajar dah boleh kayuh basikal.

Terbaik!!! Alya jenis suka mencuba. Sebab tu dia usahakan jugak sampai pandai. Anis berbeza la sikit. Anak² mana sama perangainya kan?


Mood melukis anak². Malam² sibuk nak buat kad. Nak bagi ibu katanya. Ini kad Azfar yang lukis. 

Ada kereta untuk ibu dan pelangi sebagai latar belakang. Rumah pun ada juga. Alahai anak... Sweet je perangainya.


Ini pulak hasil kerja Anis. Ada pelangi, kereta dengan rumah jugak. Khas untuk ibu. Kiranya menghargai penat lelah ibu gitu.

Comel je hasil kerjanya.


Yang ini hasil kerja Alya. Anak dara sulung ni teliti sikit orangnya. Cantik juga hasil dia melukis kalau kena mood baik dia.

Sweet like chocolate la anak² ni. Adoyai... siap berkad² bagai. Ibu terima dengan senyum je jasil kerja anak².


Hari sukan sekolah. Anis dapat masuk acara sukaneka. Bawak pundi kacang atas kepala. Rezeki dia untuk dapat tempat ketiga.

Alya cuma jadi spare untuk acara relay. Tak ada hal. Belum rezeki dia nak cemerlang dalam sukan walaupun dia suka berlari.

Mengingatkan aku pada diri sendiri. Dulu masa sekolah, aku offer diri nak masuk acara balapan. First time masuk alhamdulillah... menang. Start dari situ la duduk kat padang je kerjanya.

Seronok sebab itu minat. Alya ni macam aku jugak la dulu²... 😁


Tahun ni ke pesta layang² kita. Cuaca panas jangan cakap la. Kebetulan, anak² ni baik daripada demam sehari sebelum pesta. 

Masalahnya, bukan sorang demam. Tapi empat orang kecuali Alya plus abahnya pun demam jugak.

Mak, alhamdulillah... Yang paling gagah masa tu. Kena jaga 5 orang. Kau rasa???


Masa pergi pesta layang² tu hari kedua terakhir. Sebab abah dah janji nak bawak anak² tengok layang² dan kebetulan hari tu birthday budak kecik.

Layan dia main taman dulu sebab awal² lagi dah dahaga sebab cuaca panas. So, abah pergi carik air untuk anak².


On the way balik singgah kat pokok buah²an ni. Azfar moody sikit sebab dia nak layang² tapi abah tak bagi. Membazir yang sebetulnya. Main dua hari je konpem rosak.

Belajar daripada pengalaman lalu. Hehe... Masa dia nak memang la. Bukan main berjanji manis lagi. Lepas dapat, main kejap je. Nanti rosak jugak. Takkan sampai 2 hari la.

Bukan kedekut. Tapi daripada beli benda² macam tu, lebih baik beli makanan. Kenyang pun kenyang. Dan pokok buah tu daripada tahun lepas dorang decorate macam tu. Rajin gila.


Afiq memang anak abah. Jadi kalau abah tak kerja, Afiq memang nak berkepit dengan abah je kecuali time nak tidur atau dah tidur tapi bangun mesti cari mak. Time demam pun sama.

Selebihnya memang anak abah. Apa² pun abah. Nak menyusu je tak nak dengan abah ye sebab hero kecik suka mengempeng.

Ini abahnya melayan. Untung la jadi anak². Boleh manja lebih². Mak cuma boleh tengok je... 😴




nota kaki tangan: catatan untuk kenangan anak². nanti kau dan kamu akan tahu betapa sayangnya kami pada kamu berlima... 😘















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign