Fresh from the owner...

12 March 2017

Rezeki si dia.



Entri tertangguh. Gambar dah lama upload tapi text tarak. Ini bersempena dengan dinner si dia. 4/3/2017. Dinner company di tempat dan waktunya macam biasa.

Tahun ni tema 'bollywood' so aku suggest si dia pakai kurta je since raya tahun lepas pakai kurta Kan. Tapi si dia tak nak. Takut kalau menang best dress kena menari atas pentas. 

Aku cakap enjoy je la. Malam dia kan. Tapi katanya dia pergi bukan sebab nak enjoy. Entah apa² entah... ^o^ Tiap² tahun pakainya t-shirt dengan jeans slack. Tak pernah la ikut tema dinner.

Kalau tahun lepas si dia dapat voucher tesco je untuk cabutan bertuah. Itu pun tak banyak mana. Mahal lagi duit minyak. Patutnya yang sikit² tu bagi cash je la kan. Itu kata si dia la.

Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih. Dia dapat tempat kelima untuk cabutan bertuah. Rezeki dia. Berkat baju beli last minute agaknya. Haha...

Apa pun, tahniah awak!!! Rezeki awak tahun ni.... Semoga rezeki awak terus diberkatiNYA. Aamiin... ~_~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign