Fresh from the owner...

15 March 2017

Qasidah untuk dia.



Kalau sebelum ni ada drama Asam Pedas Untuk Dia,lepas tu movie Kimchi Untuk Dia... kali ni entri Qasidah Untuk Dia pulak. Semuanya melibatkan makanan ye.

Qasidah ada dua jenis. Satu utagha punya stail, satu lagi pantai timur. Yang ini masakan pantai timur sebab aku dgn husben orang pantai timur.

Dan qasidah ni salah satu makanan favorite husben. Sebelum ni dia ada mintak buatkan tapi tak ada rasa nak buat. Lagi pulak aku tak tau qasidah ni rasanya macam mana. Cuma tau kuih ni macam berminyak² sikit, kaler kuning dengan hiasan bawang goreng.

Rasa tu wallahualam. Tak pernah tau. Tapi anak² makan je qasidah. Cuma aku je tak. Husben kalau balik kampung mesti cari qasidah ni. Kadang² MIL dah siap² belikan. Tapi kali ni aku try la buat sendiri. Sedap tak sedap belakang cerita. Try je dulu... (⌒o⌒)

Resepi qasidah aku try dari blog Kak Nor Secubit Garam. Alhamdulillah... Anak² kata sedap cuma manis sikit. Dan dia orang tak suka ada bawang goreng kat atas qasidah tu. Lepas ni kalau nak buat lagi kena
bahagi dua. Satu bahagian
ada bawang goreng dan satu lagi tak ada.

Resepi qasidah untuk rujukan:

5-6 biji bawang merah, hiris nipis dan digoreng.

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis)
⅔ cawan santan
1½ cawan air
2 biji telur gred A
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (tak guna sebab tak ada)
Daun pandan
3 sudu besar minyak sapi.

Semua bahan disatukan (kecuali daun pandan dan minyak sapi) dalam bekas. Kacau sebati dan tapis dalam kuali. Masak adunan dengan daun pandan menggunakan api perlahan sampai tak melekat pada kuali. Jangan berhenti mengacau.  Kemudian masukkan minyak sapi dan kacau lagi selama 10 minit. 

Boleh letak dalam loyang atau mould ikut suka hati sendiri. Sejukkan dan tabur dengan bawang goreng. Renjiskan minyak goreng bawang tadi pada qasidah. Siap!!!


nota kaki: Senang je tapi lenguh la jugak tangan nak mengacau. Tambahan pulak tangan tengah sakit. Tapi puas hati sebab anak² suka je makan... 😍


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign