Fresh from the owner...

31 March 2017

Kerutub yang super awesome.


Assalamualaikum...

Dah lama tak update entri. Ini pun entri terendam. Dah ada lama dalam draft tapi publish pun. Pemalas tahap dewa betul. Hehe... Nak sangat ada blog tapi biar macam tu je kan. 

Aku sayang blog ni. Cuma tahap kerajinan tu dah tak sama macam dulu. Mungkin kalau lappy dah okay, mood pun okay jugak kot. Sebab dulu banyak menaip guna keypad besar. Sekarang ni keypad kecik je. Typo memanjang. Tu yang efek mood jugak... 😀


Nak cerita pasal kerutub ni sebenarnya. Sebelum ni x pernah masak kerutub pun. Tak tau rasa dia macam mana. Sampai la satu hari tu otak tepu tak tau nak masak apa. 

Pergi kedai nampak la serbuk kerutub Adabi tu. So, try je la masak. Senang je pun. Ikut je arahan kat belakang pek tu. Aku tak ikut sangat pun. Buat macam masak kari je.

Cepat dan sedap. Anak² meratah je la kalau masak ni. Tapi masalahnya, tak semua kedai ada jual serbuk kerutub ni. Setakat ni 1 supermarket je yang ada jual area rumah aku ni.


Makan dengan nasi panas² sedap sangat. Kadang² aku buat lauk untuk nasi himpit. Kadang² lauk nasi lemak. Ikut suka aku je. Haha...

Pernah bagi jiran masa aku masak nasi lemak. Dia kata sedap sangat. Dari pagi sampai petang dia makan. 

Aku kalau terlebih rajin memang masak pagi sebab senang anak² nak makan time balik sekolah agama dengan tadika. Tak adalah aku terkejar² sangat nak masak, nak ambik dia orang lagi.

Dah la nasi lemak jiran aku kata macam nasi dagang sebab bau dah macam nasi dagang tu. Aku letak halba kasi wangi. Hik³... 

Try la masak kerutub senang ni. Sedap tak sedap kena cuba sendiri tau... ~_~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign