Fresh from the owner...

02 February 2017

Wrapped up story untuk bulan January.


Assalamualaikum...

Bulan Januari sudah melabuhkan tirainya. Februari kini mengambil alih tugas. Setiap tahun begitulah. Sebulan sudah berlalu. Banyak kenangan tercipta sepanjang tempoh itu.

Januari adalah bulan birthdays paling ramai dalam keluarga aku dan incik husben. Dan 1 Januari jugak adalah tarikh permulaan sekolah tahun ni. Hari Ahad okay sebab Johor tak ambil cuti New Year.

Gambar² ni semua random je tau. Tak ada turutan bagai. Guna handphone ni tau² je la. Berlari² anak pulak dia... ^___^

Jadi kita wrapped up segala kenangan sepanjang bulan Januari. Sebagai tanda ingat-ingatan gitu. Hehe...



1st day of school. Semangat bersekolah pada Azfar je kurang sikit. Sebab dia nak sekolah hari Isnin. Tak nak hari Ahad. Tak puas cuti agaknya... (≧∇≦)


Alhamdulillah. Aus sangat senang bangun pagi. Kalau bangun pun tak ada mengaruk ke meragam yang bukan². Cuma lambat je bersiap masing² sebab tahun ni ibu pilih sesi pagi. 

Aus lepas sekolah akan tidur petang. Kalau tak sekolah pun memang dia tidur petang jugak. Sebab tu kena pilih pagi. Dia pun okay² je.


Ini sambutan Maulidur Rasul. Hari terakhir sebelum cuti sekolah. Semuanya 1st la untuk Aus. Macam Azfar dia dah biasa. Dia kan legend kat tadika tu. Haha...


Tahun ni darjah 2 tak ada group whatsapp untuk kelas. Darjah 3 je ada. Tahun lepas pun sama. Darjah 2 tak ada group whatsapp. Memang macam tu agaknya. Ni daripada cikgu Alya. 

Guru kelas dia sent pic untuk tunjuk ruang kosong dalam kelas yang perlu dihias. Guru kelas dia tahun ni adalah guru kelas dia yang sama tahun lepas. Jadinya aku dah tau la cikgu dia tu macam mana. Respon cikgu dia tu a bit slow.

Kadang² tak respon langsung okay. Aku pun tak ada la berharap sangat dengan cikgu si Alya ni kecuali untuk bagitau dia tak datang je la (attendance still full ye setakat hari ni), alhamdulillah. Tapi yang pasti guru kelas dia memang sengal. Haha... Sorry teacher!!!


Ni aktiviti dekat tadika yang cikgunya upload di fb. Aku rasa pilihan tadika aku ni ok dah untuk Aus. Dia orang ada sesi bersenam bagai. Ada hari sukan, ada lawatan yang mana ada sesetengah tadika lebih fokus pada akademik je.

Aus aku hantar awal² pun bukan untuk jadikan dia terlajak pandai. Aku nak dia develop macam mana berkawan dengan orang lain. Alhamdulillah... Nampaknya dia ok² je.


Ni sebelum ke tadika. Sediakan sarapan je. Tak ada bento sebab hari tu makanan tadika sediakan.


Attire pengawas tahun ni untuk Anis. Dia la request nak pakai vest bagai. Dan tahun ni tak sama hari pulak dia orang PJ. Tak macam tahun lepas. Cuma sehari je dia orang berkongsi hari PJ yang sama. Boleh la.

Cuma kelam-kabut sikit la awal² tahun ni. Sebab Alya dengan Anis sekolah agamanya start pukul 10.15 sampai 11.45 pagi. Balik rumah nak makan², melagho kejap. Pukul 1 la paling lambat nak kena ada kat sekolah.

Setakat ni ada sekali tu sampai lambat gila kat sekolah. Lagi empat minit nak ke pukul 1.15 petang. Dia orang masuk pukul 1.15. Lambat tu pun sebab ambik abah dekat klinik. 

Ingatkan masa sampai tu incik husben dah siap jumpa pharmacist bagai. Tak rupanya. Incik husben kata ada sorang patient yang memang lama gila dok kena kaunseling dengan pharmacist tu.

Sekali tu je la lambatnya. Lepas tu paling lewat pukul 1 dah sampai sekolah.╰(*´︶`*)╯


Yang ini 1st day kat school untuk Azfar walaupun ini bukan tahun pertama dia kat tadika ni. Tak ada rezeki Azfar nak dapat pra macam Anis.

Pic ni cikgu sent lepas Azfar mengaruk hari pertama sekolah. Haha... Bukan Aus ye tapi Azfar. Pening kepala mak.


Yang ini pun cikgu sent. Aus menangis. Koh3... Cikgu cakap, tengah² main tu dia menangis. Nak ibu dengan abah. Teringat tiba-tiba agaknya. Jadiknya duduk melepak dengan abang Azfar.

First day tak terus belajar. Cikgu buat sesi main² je dulu. Sebab ada yang datang sekolah menangis² bagai. Ada yang jenis tak boleh nak sentuh langsung.

Alhamdulillah, Aus okay² je. Azfar pun hari pertama tu je mengaruknya. Lepas tu okay je. Dan Aus pulak hari kedua tu, balik daripada sekolah je mesti tanya: 'Esok boleh pergi sekolah lagi tak?' Aus tanya hari² okay. Kecuali hari tak sekolah. Terbaik la Aus ni... (⌒o⌒)

Itu rentetan peristiwa sepanjang bulan Januari. Sekarang dah bulan Februari. Bulan baru. 

Dan cuti tinggal sehari dua je lagi. Tak ada rezeki jugak nak balik kampung cuti sekolah ni. Senyum je la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign