Fresh from the owner...

17 February 2017

Kak Long sudah 9 tahun.



Dear Kak Long,

Terima kasih sebab jadi anak yang baik. Kadang² ada juga tantrumnya. Ada angin² kus²nya tapi tanpa kamu, kami takkan belajar untuk jadi ibu dan bapa.

Malahan panggilan 'abah ibu' itu mungkin tiada. Kamulah penyambung warisan kami. Kamu jugalah 'cinta pertama' kami. Kamu tetap menjadi kesayangan kami.

Ketahuilah anak... sekeras mana pun kamu, sedegil dan senakal mana pun kamu, kami tetap sayang. Malahan setiap kali kamu dimarahi... itu tandanya kami mahu kamu menjadi manusia. Menjadi yang lebih baik.

Marah itu tanda sayang. Petanda bahawa ada tindakan kamu yang tidak kami senangi. Tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh seorang anak dan kakak.

Kami mahu kamu bersedia. Kematian itu tidak terduga. Sekurang²nya jika kami tiada, kamu selaku kakak sulung sudah sedikit tabah dan kuat jiwanya.

9 tahun membawa bahagia bersama². Semoga kamu cemerlang bukan sahaja di dunia. Jadilah anak yang solehah dan baik budi pekertinya. Semoga kamu membesar menjadi manusia dan insan berguna.

SANAH HELWAH buat permata hati sulung kami yang ke-9. Kami sekeluarga sayang kamu selama²nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign