Fresh from the owner...

25 February 2017

Afiq turns 2 today.



Dua tahun yang lalu, tarikh ini tepat jam 12.16pm Afiq selamat dilahirkan. Walaupun ada dugaan mengiringi tapi ahamdulillah, berjaya diatasi.

Hospital tu dah macam rumah kedua. Memang ibu abah berulang je. Kali pertama sebab jaundice. Keluar masuk sebab macam tak stabil je.

Hari ni keluar, lusa masuk semula. Duduk sehari je dah discaj. Sudahlah masa awal kelahiran Afiq kena berkampung dalam NICU selama 4 hari sebab nk habiskan antibiotik. 

Sebab jaundice tak berkurang sampai usianya sebulan, berulang-alik la ibu abah ni ke klinik pediatrik. Perjalanan bukan dekat. Tapi sebab nak adik sihat, kami redho je dik.

Bila detect, adik ada UTI dan antibiotik makan tak jalan. Maka berkampung la seminggu dalam wad. Masuk antibiotik ikut salur darah. Kalau ikutkan cuma 5 hari je doc kata. Tapi last² kena extra 2 hari lagi.

Bila balik kampung, masuk wad lagi seminggu sebab pneumonia. Senyum je la. Balik kampung semata² nak duduk dalam wad. Boleh la. Adik discaj daripada klinik pediatrik masa umur 8 bulan. Dah tak ada lagi 'lawatan²' susulan. 

Tapi sekarang adik dah besar. Alhamdulillah. Sihat dan banyak akal. 

Ibu abah doakan Afiq jadi anak yang soleh. Berbakti pada orang tua dan agama. Semoga cemerlang dunia akhirat dik.
Kami sayang kamu hingga hujung nyawa.

SANAH HELWAH Afiq sayang... ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign