✿ Rumah SalYa ✿: August 2016

Fresh from the owner...

30 August 2016

Sanah helwah Aus Irsyad yang ke-3.




Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Cemerlang di dunia dan akhirat.

... We ♥ You ...


24 August 2016

~ WW #130 ~ Blood stone.







my foot: A token to myself. Senyum... ≧∇≦

19 August 2016

Anugerah yang ditempah.




Alhamdulillah... Semalam menyelesaikan urusan pengeposan buku antologi sulung aku ni. Harapanya agar sampai ke tangan penerima dalam keadaan baik² je. Memang lambat mengeposnya daripada jadual asal. Kekangan masa. Pejabatnya posnya jauh juga.

Dan aku selalu berkira² sempat atau tak aku patah balik untuk ambil Anis (kak ngah) dari sekolah agama. Pergi balik akan jumpa 5 traffic light (mabuk traffic light kejap) tu. Traffic light yang aku langgar masa Azfar fit dulu². Kebetulan masa aku bawak agak² laju tu, ada roadblock pukul 2 pagi. Tapi tak kena tahan bila dia tahu kenapa. Koh³...

Bila sampai ke pejabat pos, ada 3 orang je sebelum sampai giliran aku. Hari ahad aku datang, ramai pulak orang tu. Nak berlama² dalam tu dengan anak² memang tak la. Nak kena beratur lagi, nak melayan anak² soleh solehah ni lagi... sudahnya aku balik lepas ambik borang poslaju dengan beli sampul segera tu.

Hari semalam aku berurusan dalam keadaan tenang. Bila sampai turn aku, ada sorang je kat belakang. Dan semalam jugak aku saja test guna timbang punya.

Antara hantar buku guna sampul express dengan timbang, timbang lagi murah. Dua buah buku baru RM11.95 berbanding kalau beli sampul untuk 0.5kg tu RM6.35. Jadi, kalau 6.35 x 2 dah berapa kan?! Sebuah buku bila timbang dalam 200g je.

Cumanya aku rasa guna sampul lagi mudah. Beli je sampul, bawak balik, isi form bagai, leraikan 2 copies kat belakang form tu... yang ori dengan 2nd copy letak dalam tempat yang disediakan.

Lepas tu hand in kat kaunter. Boleh balik. Tak payah nak tunggu macam timbang ni. Okay... aku baru tahu sebab first time pos barang banyak. Yang dah biasa tu lain la. A new lesson la untuk aku kan... ^_^

Semua buku² yang ada pada aku semuanya dah habis terjual. Aku siap tambah stok sebab ada lagi yang order. Alhamdulillah...

Aku jual sendiri je buku dan aku tak malu. Aku tak dapat royalti untuk buku ni sebab dah diberitahu awal². Tapi aku puas hati sebab ada jugak buku. Kau ingat senang nak ada buku sendiri?!

Pada yang masih berminat nak dapatkan buku ni boleh wassap aku: 017-2561005. Tak rugi pun beli Anugerah ni. Tak percaya??? Cuba beli sebuah dan baca. Baru tahu berbaloi atau tak... o(〃^▽^〃)o




my foot: Anugerah ini cerita tentang keluarga. Tentang realiti kehidupan kita sebenarnya. Jom dapatkan ANUGERAH...

18 August 2016

Anugerah terbaik.



Inilah anugerah terbaik. Anugerah yang tidak dapat dibeli di mana² sekalipin. Ini anugerah pemberian Allah untuk dijaga dan dididik dengan baik. Harapnya istiqomahlah aku ini sebagai ibu dalam mendidik anugerah pemberian Yang Maha Esa ini.

Buah hati pengarang jantung dan paru² ini merupakan model untuk buku antologi Anugerah aku ni. Dia orang offer diri nak pegang dan bergambar dengan buku tu. Ibu layan je. Tak ada masalah.

Paling excited Aus la. Dia model pertama yang pegang buku. Habis tempat dia nak bergambar. Haha.. Comel sangat. Memang dia suka bergambar la. Sama macam Afiq. Pantang nampak muka sendiri. Macam² mimik muka dia tunjuk... (๑ơ ₃ ơ)♥

Banyak sangat kalau nak membebel pasal kedua² Anugerah ni. Kedua²nya Anugerah yang terindah.

Kalau sesiapa berminat nak dapatkan dan baca buku Anugerah ni boleh wassap aku... 017-2561005. Buku antologi Anugerah je yang dijual. Anugerah berlima ni untuk display je. Tak jual tau... ≧∇≦



Posted via Blogaway

17 August 2016

~ WW #129 ~ My Buku!!!








my foot: entri ni dah lama terperam. lupa nak publish sebab M nya tu terlalu besar. adeh... alhamdulillah. dah jadi buku pun.

16 August 2016

Bukan Anugerah Dendam Yang Terindah.



Satu ANUGERAH...
Akhirnya menjadi nyata.
Setelah sekian lama dipaksa.
Berad dalam genggaman jua.

Semoga ANUGERAH ini petanda perjalanan bermula.
Bukan mudah mencipta ANUGERAH.
Terima kasih kepada Yang Maha Esa atas kurniaNYA.

Berkat dorongan dan sokongan dia.
Membebel tak kira masa.
Tanda sayang tidak terkira.

Keluarga juga tidak dilupakan
Sumber inspirasi.
Memberi sokongan dan dorongan.

Terima kasih juga kepada si penyelenggara,
Atas kesempatan yang diberikan.

Teman2 juga tidak dilupakan. Terima kasih juga kepada semua.

Tanpa semua tiadalah ANUGERAH.
Tapi bukan Anugerah Dendam Yang Terindah.
Ini Anugerah gabungan penulis2 berbakat.
Tahniah semua...



my foot: entrinya berbeza. tapi hilang pulak. geramnya la rasa hati. nanti karang entri yang sama. tunggu mood pulih ye. bengang dengan entri yang hilang. huhu...



12 August 2016

Anugerah sulung.




Dah lama tak update blog. Hari ni bersempena dengan hari jumaat penghulu segala hari, aku nak kenalkan baby sulung aku ni ha. Alhamdulillah... Akhirnya ada jugak buku sendiri aku ni walaupun secara umumnya berkongsi dengan 21 orang penulis lain.

Ini antologi cerpen. Menghimpunkan 22 orang penulis termasuk aku. Antologi ini tentang keluarga. Berkisar dalam kehidupan kita seharian. Ini juga realiti. Mungkin ada cerita yang digarap tanpa sengaja. Mungkin juga ada cerita² bersandarkan kisah sebenar. Apa pun, ini antologi kekeluargaan.

Kita boleh berkongsi kisah di dalamnya dengan ahli kekuarga. Ini bukan cerita cinta jiwang melibatkan dua jiwa uda dan dara. Ini bukan novel yang setiap babak memerlukan masa untuk menghabiskannya.

Di dalam antologi ini ada 22 cerita berbeza daripada sudut pandangan 22 orng manusia bergelar penulis. Dan aku cukup berbangga kerana turut sama diberi kesempatan untuk terlibat dalam Anugerah ini.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh wassap ye: 017-2561005

Jangan tanya tentang royalti sebab kami penulis² tak dapat royalti pun. Cuma dapat dua buah buku secara percuma. Oklah tu sebagai permulaan. Alhamdulillah... Bukan senang nak merealisasikan sesuatu idea itu menjadi sebuah buku. Syukur masih ada peluang.

Sebab itu jugalah kalau nak merasa duit buku, kami kena jual sendiri. Tak boleh malu. Dugaan memang banyak. Ada yang tak berminat la. Ada yang nak baca free je. Tapi kalau ada rezeki, ada la.

Jadik supportlah aku. Belilah buku Anugerah ni dan lain² buku yang bakal diterbitkan jika ada. InsyaAllah...


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign