✿ Rumah SalYa ✿: July 2016

Fresh from the owner...

15 July 2016

Bakal 'baby sulung'.




InsyaAllah... Bakal terbit tak lama lagi. Plannya dalam masa 3 minggu. Doakan aku ye. First time karya dibukukan. Ini antologi cerpen. Gabungan 22 orang penulis. Bukan novel. Novel atau cerpen, itu tak penting. Yang penting ia dibukukan. Hehe...

Sebelum² ni karya cuma diterbitkan di majalah. Kali ini bila dibukukan memang sedikit teruja. Bukan sedikit tapi banyak. Macam menunggu kelahiran anak betul. Tak sabar.

Kalau ada yang berminat nak baca, boleh la order dengan aku ye. Support kawan² kata orang. Harga sebuah buku ni RM25 je. Itu tak termasuk postage. Kalau include postage aku bagi RM30. Harga kawan². Jangan kata menulis ni untung besar pulak ye.

Sebab untuk buku ni, aku kena jual sendiri. Dia orang print je. Kalau rajin promote, ada la sikit duit poket. Aku pun baru lagi. Bukan macam karya² kat luar sana. Penulis² yang ada nama senang la buat duit. Penulis² baru kena belajar from scratch la.

Tak apa. Pengalaman semua tu. Dah nak dibukukan hasil karya tu pun alhamdulillah pada aku. Lepas ni kena semnagat sikit la menulis. Hehe...

Berminat boleh wassap le telegram ye: 0172561005.


Posted by rumah salya


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign