✿ Rumah SalYa ✿: May 2016

Fresh from the owner...

27 May 2016

Terlewat 3 bulan.





Bukan cerita pasal pregnant. Belum lagi. Haha... Cerita pasal si Afiq ni baru cucuk setahun semalam. Dah setahun 3 bulan baru nak cucuk setahun kan? Sabar je la. 

Kalau cucuk kat kerajaan ni konpem² berguni bebelan dia bagi kalau terlambat. Masa kat Pekan dulu siap datang rumah kalau kita dah lama tak datang.

Kat sini jangan harap la. Kalau nurse² kerajaan datang rumah mahu pitam dibuatnya. Kepadatan penduduk tinggi kat sini. Tak larat dorang nak pergi dari rumah ke rumah. Sedangkan yang kat klinik saja dah penuh tiap² hari. Tak menang tangan dorang.

Klinik yang aku pergi ni dah macam klinik family. Start checkup kat situ time Aus sampailah ke Afiq ni. Budak berdua ni ambik injections pun kat situ. Doctor Aida ni baik. Ramah tamah orangnya. Baru habis pantang. Satu²nya doc perempuan kat sini. Sebab tu kliniknya penuh je.

Last month masa husben demam dan sampai kena masukkan air tu, kami² ke klinik tu untuk ambik injection si Afiq. Husben pun nak ambik mc sebab demam. Tapi masa kat klinik tu la encik imam kata nak pitam. Muka pucat lesi dah time tu.

Turn kitaorang, encik imam dah memang tak larat sangat. Peluh sejuk dah masa tu. Tak jadik cucuk Afiq doc suruh refer klinik kesihatan terus. Jadik apa² senang nak hantar hospital.

Encik imam sempat cakap sebelum tu: "Cucuk adik dulu." Haha... Doc kata tak payah. Nanti dia simpankan ubat. Yang penting pergi klinik bahagian emergency tu dulu.

Dan tadi, doc tanya macam mana encik imam. Lepas aku terangkan dia cakap: "Yang kelakar tu sempat lagi suruh inject anak. Dia dah pucat² mukanya." Kah3... Doc pun ingat lagi. Macam mana tu?

Sebenarnya bukan nak cerita pasal Afiq kena cucuk tapi kejadian disebalik nak cucuk tu. Lepas encik imam okay tak bawak jugak Afiq cucuk sebab dia demam. Bertangguh sampai la semalam. Menangis pun sekejap je sebab terkejut kena cucuk dengan jarum.

Lepas ni cucuk last setahun setengah. Lepas tu settle... (≧∇≦)/

26 May 2016

Happy 9th anniversary.



9 tahun sudah berlalu. 9 tahun penuh dugaan dan cabaran. 9 tahun dilalui dengan 1001 macam perasaan. Sudah 9 tahun rupanya... (*^▽^*)

Harapnya masih mampu untuk terus bersama untuk tahun² yang bakal mendatang. InsyaAllah. Harapnya juga agar kekal bersama hingga ke syurga.

To my soulmate, my partner in crime, my bestie, my husband, my love... teman ketawa, teman bahagia, teman menangis, teman bergaduh dan teman dalam segala²nya...

HAPPY 9TH ANNIVERSARY.

Love you before, love you still. Love you for now, love you forever will.

23 May 2016

Bantal comel datang lagi.


Kali ni bantal comel datang lagi.
Design berbeza.
Comel² semuanya.

Kalau ada yang buntu nak bagi hadiah, bantal ni pilihan terbaik.
Nak bagi pun dekat insan yng kita sayang kan?!
Hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh.

Harga mampu milik ni.
Murah² je tau.
Kalau kat luar orang lain jual RM30++.
Itu tak termasuk kos pos RM8.

Akak jual RM28 je.
Itu harga dah termasuk harga pos tau.
1-2 biji bantal RM8 kos posnya.


Bantal poo poo yang cute gitu.

Konpem tak ada bau macam poo poo.

Irressistable kan? Hehe...

Hello Kitty pun ada tau. Cute sangat!!!

Kegilaan anak² dara ni.

Apa tunggu lagi?!
Jangan dah habis baru tanya.
Nanti menyesal.

Berminat boleh wassap or telegram tau.
Available 24/7.
Kalau terlambat reply tu sabar ye.




20 May 2016

Donut bukan untuk dimakan.


Ada yang berminat dengan donut comel ni. Sedap tau. Tapi bukan untuk dimakan. Sedap sangat kalau bawak tidur. Mimpikan donut berwarna-warni.

Okay, ini bantal sebenarnya. Nampak yummeh sangat. Kalau kita suka tengok, anak² apatah lagi. Boleh bagi sebagai hadiah jugak. Buntu nak beli apa kan?! Bagi je donut ni. Mesti happy punya.

Birthday ke lulus periksa pun boleh bagi. Token of appreciation sebab dah cuba untuk buat terbaik dalam exams. Takkan nak bagi gajet untuk anak², betul tak?! Hehe...

Harga pihak lain jual RM35 tanpa pos tau. Tapi hakak bagi RM28 je sekali dengan pos. Tak ada untung banyak ye. Sebab seronok ada bantal donut ni. Itu yang nak kongsi dengan uolls.

Bukan donut je ada. Bantal emoji dengan doraemon pun ado. Harga sama je. Pilih². Nak cuci mata pun boleh.





Kalau berminat boleh wassap/telegram iolls: 017-256 1005


18 May 2016

~ WW #127 ~ Pipi bengkak.





Bangun tidur je tengok pipi bengkak bukan main lagi. Tapi semalam dia ada cakap sakit gigi. Azfar ni kalau sakit gigi mesti bengkak keesokkan harinya.

Kalau tak surut jugak esok, haruslah ke klinik. Sebabnya dia tak cakap sakit. Macam biasa² je benda tu. Risau jugak maknya ni. Sabar je la Azfar.

Minggu depan semua orang nak exams. Hopefully sempat sihat ye sayang.



p/s: ikutkan gayanya sihat 
je. tapi sebab kakaks cuti sempena sambutan hari guru, makanya dia pun cuti jugaklah sebab pipi bengkak.

13 May 2016

Azfar sudah 5 tahun.



Abang Azfar dah besar.
Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
Cemerlang dunia akhirat.


We ❤ you forever... 
(*^3^)/~♡

05 May 2016

Long shirts for women style ideas by Zalora.


Long shirts adalah trend sepanjang zaman di mana ia kerap menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya ke mana sahaja dan di mana jua. 

Apa yang paling diminati oleh wanita mengenai koleksi long shirts ini adalah kerana ia mempunyai potongan yang labuh dan lebih longgar.

Rekaan sebegini memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai dan ia juga memberikan penampilan yang lebih sopan. 

Salah satu sebab yang menarik perhatian tentang pemakaian long shirts ini adalah ia amat versatile. Ia boleh digayakan untuk apa sahaja functions, ke mana sahaja serta di mana jua. You name it!
 
Untuk gaya smart casual yang sempurna, gayakan long shirts for women ini dengan padanan seluar jeans berwarna biru seperti berikut. Satu gaya yang cukup klasik dan simple!
 

Atau anda juga boleh menggayakan koleksi kemeja labuh tersebut dengan padanan skirts atau shorts ketika cuti pada hujung minggu. Satu gaya kasual yang cukup selesa dan bersahaja. 
 
Jika anda tidak mahu kelihatan terlalu simple, anda boleh menggayakan long shirts tersebut dengan pemakaian outerwear seperti jacket atau cardigan seperti berikut. Perfect look for a date!

 
Juga boleh anda gayakan sebagai pakaian formal ke pejabat. Sama ada anda ingin menggayakan bersama seluar slacks atau skirt labuh, anda boleh memakai long shirts tersebut dengan tambahan aksesori seperti tali pinggang untuk kelihatan lebih menyerlah. 


Jom shopping. Apa tunggu lagi. Dapatkan koleksi menarik long shirts for women ini di Zalora. Hanya di Zalora tau...




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign