✿ Rumah SalYa ✿: April 2016

Fresh from the owner...

27 April 2016

WW #126 ~ Imamku


Sakit itu penghapus dosa. 

My Imam... semoga diberi kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT hendaknya.

Take care and all of us ❤ you...

21 April 2016

Sayangkan adik teman-temankan.


Aus ni belum pun cecah usia 3 tahun lagi tapi sangat la boleh diharap. Dia akan masuk 3 tahun tapi bulan 8 nanti.  Memang aku sendiri tak jangka dan tak sangka sangat la sebab budak 2 tahun lebih ni banyak ikut kepala sendiri. Mungkin anak orang lain lagi advance. Tapi ni anak sendiri yang mungkin aku ter'underestimate' tanpa sengaja.

Sebab pernah jugak aku buat sekali tapi dia sedar dan menangis bukan main lagi. Ingat aku nak tinggalkan dia kot. Tapi tu awal tahun dulu. Bulan 1 punya cerita. Sekarang dah bulan 4. Tak adalah lama mana tapi perubahan tu ketara sangat.

Alkisahnya si Afiq ni tidur sebelum sempat hantar kakaks pergi sekolah. Abang dah pergi dulu dah. Nak bawak tu sangat la kesian rasa dalam hati. Bawak masuk keluar kereta. Memang tidur tak lama la. Jadi aku tanya la si Aus: "Boleh duduk rumah jaga adik tak?". Dia pun kata boleh je. Bagi sebotol susu dan aku tinggalkan dia kejap. Memang tawakal je la ni.

Alhamdulillah, balik daripada hantar kakaks, Aus relaks je tengok Super Wings. Tak ada masalah. Kalau nak ambik abang dan adik tidur pun dia boleh tengokkan jugak.

Aus dah besar. Dah jadik abang² rupanya dia. Alahai... sweet sangat. Dia siap tepuk adik kalau adik terkejut. Dan selalunya akan jadik peneman abang or kakaks kat rumah tengok adik kalau ibu nak keluar ke kedai ke or mana². Siap cakap: "Aus nak tinggal kat rumah." ಥ_ಥ

Cepat je besar anak² ni... *teary eyes*. Ibu doakan yang terbaik untuk anak² syurga ibu. Cemerlang dunia akhirat ye... ( ˘ ³˘)❤

07 April 2016

Hari bertemu pelanggan.

Minggu depan kena mengadap cikgu anak-anak solehah dua beradik. Hari bertemu pelanggan ni untuk parents - teacher dok diskus perkembangan anak-anak dan apa yang parents or teacher perlu buat untuk lagi improve.

Selain daripada tu untuk bagi result exam bulanan si solehah dua beradik la. Walaupun result cikgu dah masukkan dalam sistem, still la kena jumpa. Berkenalan mesra gitu.

Kali ni aku kena timing masa elok² memandangkan aku je yang akan pergi jumpa cikgu nanti. Incik husben kerja. Tak dapat nak join sekali. Kalau sebelum ni dia kerja shift boleh la pergi sekali kan. Kali ni dah masuk pagi saja memang tak ada harapan la. Lagi pulak 13hb nak cuti, takkan 11hb nak cuti jugak. Huhu... Mak ni okay² je.

Alya akan aku bawak dulu jumpa cikgunya lepas ambik dia daripada sekolah agama. Anis last sekali la. Lepas mengaji ke or lepas hantar Azfar pergi sekolah. Tengok pada mana yang senang la ye. InsyaAllah, ibu ni boleh la... ┗(^0^)┓

Apa pun, result anak-anak alhamdulillah. Kipidap kids. Tak apa result tak comel pun asalkan dah cuba yang terbaik. Ibu okay² je. Janji usaha tu ada. Next time kita cuba lagi ye sayang².. \(^o^)/


05 April 2016

Peringatan agar lebih berhati-hati.



Kenangan bertarikh 27 Mac 2016. Kesan yang akan kekal sampai bila-bila. Itu pun kalau tak pergi repair la. Tapi akan tetap jadi ingatan.

Dua kali dalam tempoh sebulan. Selang beberapa hari je. Kata incik suami, berhati-hati la lain kali. Ni harta benda je. Tak kisah pun nak kemek ke apa ke. Tapi alert la dengan keadaan sekeliling. Jangan main hentam je drive.

Kita tak tau apa kemungkinan jadi kalau tak berhati-hati. Akan bagi kesan seumur hidup. Kalau bawak tak hati-hati, next time akan jadi lagi. Trust me!!! Huhu...

Salah sendiri. Dah tak boleh nak buat apa. Senyum dalam tangisan je la... (╥_╥)





Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign