✿ Rumah SalYa ✿: March 2016

Fresh from the owner...

23 March 2016

WW #125 ~ Anak-anak syurga.



Semoga membesar menjadi anak² yang soleh dan solehah serta cemerlang dunia akhirat...

Aamiin... ~(^з^)-☆


21 March 2016

Tragedi hari ini.



Kesimpulan daripada gambar di atas, jangan bawa kereta dalam kemarahan. Akibatnya itulah. Kena sabar dan istighfar sentiasa. Huhu...

Kata incik husben: "Jangan cuai. Tak melibatkan nyawa orang tak apa lagi. Tapi sekali ada nyawa orang terbabit, kesannya seumur hidup.

Tambahan pulak kalau budak sekolah. Ikut celah mana pun memang kena alert gila². Setakat harta benda ni kalau kemek ke hilang ke tak apa lagi. Tapi kalau melibatkan nyawa 'ibu dengan anak²' memang abah tak boleh tolerate." ಥ_ಥ

Okay... Sangat paham!!! Memang kena alert extra gila² la lepas ni dan istighfar selalu ye... (∩_∩)

20 March 2016

Cuti sekolah berakhir.

Hari ni mana-mana negeri yang persekolahannya bermula dengan hari ahad dah start sekolah balik. Kejap je cuti ni kan?!

Dah dua kali cuti panjang, dua kali jugak la tak balik kampung. Tapi tak kisah sangat pun. Anak² pun okay je. Ada hikmah tak boleh balik ni.

Awal² cuti, Anis dah demam. Nasib baik la dah start cuti. Alhamdulillah, abah dorang ada walaupun kali ni Anis ni tak nak dengan abah. Biasanya kalau demam nak dengan abah. Demam kali ni nak mak pulak. Huhu...

Mungkin sebab abahnya pun tak sihat, makanya dia pilih mak. Alhamdulillah jugak demam kali ni tak melarat kat adik-beradik yang lain. Kalau sebelum² ni dorang rotate. Siapa yang start demam, orang tu la yang jadik penutupnya jugak... (〇_o)

Memang bahang panas sekarang ni. Musim demam pun bermula la. Start daripada awal buka sekolah, ramai budak² sekolah yang tak sihat. Ada je dalam group mak² inform anak tak datang sebab demam. Termasuklah Alya.

Mujur demamnya sebelum exam bulanan. Kalau tak tu, kesian jugak. Entah esok lusa exam sekolah agama pulak. Apa² je la nak. Dah belajar, jawab ikut kemampuan. Usaha dah ada. Selebihnya tawakal... (^_^)

Maknya ni dah lama sangat tak update blog. Malas berganda². Tambahan pulak selalu sangat berebut handphone dengan Aus. Asal mintak je mesti dia cakap: "Kejap je. Kejap je." Huhu... Kalau nak ambik hp mak pun mesti dengan suara comel: "Aus nak tengok telefon ibu boleh?" (⌒▽⌒)Lemah perasaan mak. Adoiii...

Ni kira rajin la jugak walaupun banyak benda nak story morie nih. Kena gigih carik mood. Cayuk²!!!

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign