✿ Rumah SalYa ✿: February 2016

Fresh from the owner...

26 February 2016

Datanglah mood.

Hehe... Mood ni kadang ada, kadang tak ada. Bila ada tu tak sempat nak pegang handphone pun. Masa bila la nak menaip entri kan?! Busy memanjang. Poyo je.

Memang jadual penuh kalau hari sekolah tu. Time betul-betul dapat rehat pun lepas hantar kakaks ke sekolah. Dalam pukul 1 tu boleh la lepak-lepak, tidur kejap sebab nak tidurkan anak syurga berdua tu.

Dapat tidur 10 minit bila tersedar tu biasanya tak boleh nak tidur lagi dah. Settle baju ke, solat bagai. Sedar-sedar nak kena ambik Azfar. 2 jam lepas tu nak ambik kakaks pulak.

Kalau abahnya kerja malam ada la masa panjang sikit kat rumah. Tapi tak panjang sangat la sebab nak masak tu tak ada la rushing sangat. Cukup dengan Afiq sorang je apa kerja pun tak jadi. Haha...

Ini pun mood baik sikit. Boleh la up satu entri. Ada la melawat 2-3 blog. Tangan menaip tapi mata dok tengok kain yang tak berlipat lagi. Huhu... Nangis!!!

posted from Bloggeroid

25 February 2016

Afiq dah setahun!!!



Dah setahun dah rupanya budak kecik ni. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi dapat dia. Hehehe...

Doa ibu abah... Semoga Afiq membesar dengan sihat. Jadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia serta akhirat. Aamiin...

We love you to the moon and back. Til jannah. InsyaAllah.

posted from Bloggeroid


22 February 2016

Full moon dan parasit.

Copy paste dari group usrah
22.02.2016 - Esok (hari ni) merupakan FULL MOON!!!
Kalau perasan mood swing, kahak, asthma, batuk, selesma, perut tak selesa, pening kepala, susah tidur, eczema semakin flare up dan sebagainya itu tanda-tanda parasit dalam badan tengah aktif. 
Time full moon ni parasit yang berjaya berpindah dari paru-paru ke usus time new moon tengah aktif mengawan.
Time ni lah rasa teringin sangat nak makan manis-manis, kek, coklat, aiskrim, segala keturunan makanan yang menggugat nafsu nih.
Dalam Islam disarankan puasa 3 hari ayyamul bidh bagi megekalkan tahap kesihatan badan dan melawan sejak awal daripada parasit ini terus merebak.
Sebagai pencegahan juga disarankan amalkan parasit protokol 5 hari sebelum dan selepas new atau full moon. Walau hakikatnya hari-hari lain kena buat juga parasit protokol cuma kali ini ketatkan.
Rawatan Alami sebagai amalan parasit protokol:
Minum air kelapa muda tanpa gula atau minum vco
Makan biji betik
Makan bawang putih
Makan buah delima dan biji
Biji labu

Dan ambil supplement tambahan
Almanna, poevoo, lacto etc.
my foot: semoga bermanfaat... (^.^)

18 February 2016

35 minggu dan 6 hari (finale).


cerita ini untuk Afiq...


ada cerita tak habis rupanya tentang kelahiran si Afiq ni. walaupun dia dah nak masuk 12 bulan, mak tetaplah nak cerita perihal anak seorang ni. yang ni pun nak ikut jugaklah jejak si kakaks berdua. lahir tak cukup bulannya. ke aku yang salah kira. hehe... rasanya betul dah bagi tarikh tu dulu kat doktor. kalau lari pun mungkin dalam dua tiga hari je la. bukan dua tiga minggu.

plan asal doc ni nak bagi Dexa sebelum deliveredkan si Afiq ni tapi tak jadi sebab lepas doc scanned, dia cakap berat baby around 2.4kg. berat okay tak payah Dexa. tapi ubat tetap la dapat. ubat apa entah. Dexa memang sakit. dua kali aku dapat. masa bersalinkan Alya dengan Anis. tapi masa Alya la aku ingat sangat rasa sakit kena cucuk Dexa. sampai sekarang pun still boleh feel. haha...

walaupun doc kata aku demam,

17 February 2016

~ WW #124 ~ Kak Long Alya is 8 today!!!



Semoga menjadi anak solehah.
Cemerlang dunia akhirat.
Kakak terbaik.
Hamba Allah yang baik
Serta sentiasa berada di bawah lindunganNYA.

We ❤ you to the moon and back!!!
(*^3^)/~♡



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign