Fresh from the owner...

19 August 2016

Anugerah yang ditempah.




Alhamdulillah... Semalam menyelesaikan urusan pengeposan buku antologi sulung aku ni. Harapanya agar sampai ke tangan penerima dalam keadaan baik² je. Memang lambat mengeposnya daripada jadual asal. Kekangan masa. Pejabatnya posnya jauh juga.

Dan aku selalu berkira² sempat atau tak aku patah balik untuk ambil Anis (kak ngah) dari sekolah agama. Pergi balik akan jumpa 5 traffic light (mabuk traffic light kejap) tu. Traffic light yang aku langgar masa Azfar fit dulu². Kebetulan masa aku bawak agak² laju tu, ada roadblock pukul 2 pagi. Tapi tak kena tahan bila dia tahu kenapa. Koh³...

Bila sampai ke pejabat pos, ada 3 orang je sebelum sampai giliran aku. Hari ahad aku datang, ramai pulak orang tu. Nak berlama² dalam tu dengan anak² memang tak la. Nak kena beratur lagi, nak melayan anak² soleh solehah ni lagi... sudahnya aku balik lepas ambik borang poslaju dengan beli sampul segera tu.

Hari semalam aku berurusan dalam keadaan tenang. Bila sampai turn aku, ada sorang je kat belakang. Dan semalam jugak aku saja test guna timbang punya.

Antara hantar buku guna sampul express dengan timbang, timbang lagi murah. Dua buah buku baru RM11.95 berbanding kalau beli sampul untuk 0.5kg tu RM6.35. Jadi, kalau 6.35 x 2 dah berapa kan?! Sebuah buku bila timbang dalam 200g je.

Cumanya aku rasa guna sampul lagi mudah. Beli je sampul, bawak balik, isi form bagai, leraikan 2 copies kat belakang form tu... yang ori dengan 2nd copy letak dalam tempat yang disediakan.

Lepas tu hand in kat kaunter. Boleh balik. Tak payah nak tunggu macam timbang ni. Okay... aku baru tahu sebab first time pos barang banyak. Yang dah biasa tu lain la. A new lesson la untuk aku kan... ^_^

Semua buku² yang ada pada aku semuanya dah habis terjual. Aku siap tambah stok sebab ada lagi yang order. Alhamdulillah...

Aku jual sendiri je buku dan aku tak malu. Aku tak dapat royalti untuk buku ni sebab dah diberitahu awal². Tapi aku puas hati sebab ada jugak buku. Kau ingat senang nak ada buku sendiri?!

Pada yang masih berminat nak dapatkan buku ni boleh wassap aku: 017-2561005. Tak rugi pun beli Anugerah ni. Tak percaya??? Cuba beli sebuah dan baca. Baru tahu berbaloi atau tak... o(〃^▽^〃)o




my foot: Anugerah ini cerita tentang keluarga. Tentang realiti kehidupan kita sebenarnya. Jom dapatkan ANUGERAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign