Fresh from the owner...

12 August 2016

Anugerah sulung.




Dah lama tak update blog. Hari ni bersempena dengan hari jumaat penghulu segala hari, aku nak kenalkan baby sulung aku ni ha. Alhamdulillah... Akhirnya ada jugak buku sendiri aku ni walaupun secara umumnya berkongsi dengan 21 orang penulis lain.

Ini antologi cerpen. Menghimpunkan 22 orang penulis termasuk aku. Antologi ini tentang keluarga. Berkisar dalam kehidupan kita seharian. Ini juga realiti. Mungkin ada cerita yang digarap tanpa sengaja. Mungkin juga ada cerita² bersandarkan kisah sebenar. Apa pun, ini antologi kekeluargaan.

Kita boleh berkongsi kisah di dalamnya dengan ahli kekuarga. Ini bukan cerita cinta jiwang melibatkan dua jiwa uda dan dara. Ini bukan novel yang setiap babak memerlukan masa untuk menghabiskannya.

Di dalam antologi ini ada 22 cerita berbeza daripada sudut pandangan 22 orng manusia bergelar penulis. Dan aku cukup berbangga kerana turut sama diberi kesempatan untuk terlibat dalam Anugerah ini.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh wassap ye: 017-2561005

Jangan tanya tentang royalti sebab kami penulis² tak dapat royalti pun. Cuma dapat dua buah buku secara percuma. Oklah tu sebagai permulaan. Alhamdulillah... Bukan senang nak merealisasikan sesuatu idea itu menjadi sebuah buku. Syukur masih ada peluang.

Sebab itu jugalah kalau nak merasa duit buku, kami kena jual sendiri. Tak boleh malu. Dugaan memang banyak. Ada yang tak berminat la. Ada yang nak baca free je. Tapi kalau ada rezeki, ada la.

Jadik supportlah aku. Belilah buku Anugerah ni dan lain² buku yang bakal diterbitkan jika ada. InsyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign