Fresh from the owner...

16 June 2016

Ujian di bulan mulia.



Adik-beradik tumbang disebabkan demam. Hoho... Memang ujian di bulan Ramadhan. Tapi aku redha. Allah sayang sebab tu DIA uji. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap yang berlaku walaupun pahit, insyaAllah akan ada manis dikemudiannya.

Bermula dengan Aus yang demam tiba². Tapi aku tak la rasa tiba². Dia dengan rajinnya pergi goncang perfume kereta. Akibatnya, cecair tu masuk dalam hidung. Masa dia tidur petang tu dia batuk dan muntah. Instinct mak ni kata mesti demam ni nanti.

Malam tu demam la si kecik nombor dua ni. Tapi tak meragam. Okay² je. Malam kedua Aus demam, Azfar pun demam juga. Time nak sahur, Alya pulak demam jugak. Tapi kak long Alya ni ada extra. Sakit kepala. Rasa badan Afiq, dedar. Wot³... Senyum je la. Nak buat macam mana. Alhamdulillah Anis sihat² je.

Makanya mak pun pening kepala sebab semuanya nak emak. Semuanya nak emak picit kepala. Si kecik memang tak nak berenggang dengan emak ni. Pantang bergerak, menangis² la mencari... *sigh*

Even nak masak untuk berbuka pun ambik masa jugak. Last² goreng nasi je senang. Orang demam memang tak ada selera makan. Penat sikit la sebab nak layan yang tu yang ini. Nak bergerak² pun susah tapi nak buat macam mana. Sabor je la.

Ujian untuk aku ni sikit je. Ada orang lagi besar dari aku ni. Jadinya, senyum² aje... (^_・)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Be strong kak, ujian lain-lain utk setiap orang.

    ReplyDelete
  2. wah, mencabar jgk tu..sy ritu anak demam sorang pon dah susah hati hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign