Fresh from the owner...

15 June 2016

Ramadhan ke-10.




Dah lama tak update blog rupanya. Busy. Haish...!!! Haha... Okay, sangat malas sebenar²nya. Dah tak rajin nak update blog macam dolu². Kalau dulu², cuba jugaklah cari masa untuk update walaupun 1 entri. Sekarang ni jangan haraplah.

Dah 10 hari kita berpuasa kan? Cepat je masa berlalu. Tak ada persiapan raya tahun ni. Pakai je apa yang ada. Untuk anak² je la yang penting. Budak² ni excited kalau dengan raya kan?!

Tapi alhamdulillah... Si solehah berdua, Alya dengan Anis tak kisah tak ada baju raya. Bila cakap ibu pakai baju lama je dia orang akan cakap dia orang pun boleh je pakai baju raya tahun lepas. Alololo... Manis macam madu budak solehah dua orang ni.

Awal puasa, Anis demam. Makanya dia tak puasa la untuk dua hari sebab sakit tekak dengan kepala. Bahang panas kat kampung barangkali. Awal puasa sambut kat kampung ye. Heaven!!! (^_-)Dua hari tak puasa tu hari kedua dan ketiga. Hari keempat alhamdulillah. 

Untuk anak soleh Azfar, tiga hari pertama puasa dapatlah puasa setengah hari. Tak ada paksaan. Dia nak makan tu makanlah. Tapi sahur kejut juga. Cuma cakap cubalah untuk tahan makan minum sampai pukul 3 je. Ada sekali tu pukul 11 dia dah makan sebab sedap sangat tengok adik² makan kokokrunch. Huhu... Budak 5 tahun mana tahan sangat dugaan.

Hari ke-4 dia cuba puasa penuh. Alhamdulillah. Berjaya sampai la ke hari ni. Tepuk². Kuat juga semangat anak lelaki soleh seorang ni. Ang tak letak harapan dia akan dapat puasa penuh. Cuma nak bagi dia cuba² je dulu. 

Alhamdulillah. Jangan underestimate kebolehan anak sendiri ye. Koh³... Bukan underestimate. Based pada keadaan dia tu macam tak ready nal puasa penuh. Tambahan pulak dia anak lelaki. Tapi itulah. Okay je sebenarnya pun. 

Ramadhan kali ni aku harapkan lebih baik daripada ramadhan² sebelumnya. Aku harapkan diri aku ni jadi lebih baik. Lebih menghargai bulan mulia ni sebabnya Ramadhan datang setahun sekali. 

Setiap amalan berganda² pahalanya. Semoga Allah permudahkan dan aku sendiri istiqomah hendaknya untik perbaiki diri sendiri. Ramadhan akan datang belum tentu lagi kita jumpa kan?!

Selamat berpuasa ye pada semua umat Islam seluruh negara...

Ramadhan kareem... (⌒▽⌒)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign