Fresh from the owner...

29 June 2016

Ramadhan bakal meninggalkan.



Lagi 6 hari dan bulan mulia ini akan meninggalkan kita. Apa yang dah dicapai sepanjang Ramadhan? Huhu... Target dipenuhi ke tidak? Alhamdulillah... Ada jugak target aku yang terlaksana dan ada yang belum. Semoga Allah permudahkan.

Esok last sekolah kat Johor ni. Lepas tu boleh balik kampung. Yahooo... (^v^)Budak² yang excited boleh bercuti. Kita² ni biasa je. Tahun ni raa macam kurang meriah je. Mood raya sampai sekarang tak mari². Macam mana tu?!

Dan aku ni dua tiga hari memang cuba la merajinkan diri update blog daripada henpon cap ayam yang dah mula berperangai pelik lepas kali ketiga terendam air. Huhu... Semuanya kerja si anak soleh AUS!!!

Ramadhan ni jugak Azfar belajar puasa. Boleh la untuk anak seusia dia walaupun kadang² dia curi² makan bila menyuap adiknya makan. Alasan suap adik. Sambil² tu suap mulut sendiri juga. Tak apalah. Janji dia nak belajar.

Anak solehah Alya dengan Anis pun tak puasa penuh. Masalah kesihatan. Demam la. Macam². Tak adalah memaksa. Kalau nak teruskan, puasa. Kalau rasa tak larat, berbukalah. Budak² dengan cuaca tak menentu, air kurang... cepat penat bagai.

Si Aus sekarang tengah mengganas. Membuli abang je kerjanya. Adoiii... Pening mak!!! Afiq si kecik memang si manja mak. Time memasak je sibuk la dia kat dapur 'membantu'. Ada abahnya memang mengekor abah la. Hehe... Pantang dengar bunyi motor abah, laju je dia lari ke pintu... (⌒▽⌒)

Bila dah dengan abah, orang lain tak boleh ambik dia kecuali emak. Kalau abah duduk kat atas, alamatnya mak la kena menapak naik tangga (memang malas nak naik kecuali terpaksa. hehe...) untuk ambik dia. Adeh...

Berbuka dan bersahur pun seadanya. Tak ada mewah². Tak ada makanan special². Anak² ni sangat memahami la. Makan apa adanya. Sebab mak ni pun kadang² buntu nak masak apa. Nak kena fikir perut anak dengan perut abahnya juga. Selera bukannya sama. Setakat ni alhamdulillah... tak ada rungutan. Cuma kuih muih la kena ada. Tak banyak, satu jenis pun jadi la.

Mak ni kadang² dok setel anak dengan abahnya makan sampai diri sendiri pun tak ingat tak makan lagi. Berbuka dengan air pun dah jadi kenyang. Kadang² makan, kadang² tak. Sahur pun tak makan mana juga. Huhu...

Terutama kalau melayan si Afiq makan. Tapi sekarang dia nak makan sendiri. Tak nak orang suapkan. Makanya boleh la makan sama² sambil tengok dia. Tapi Afiq ni pulak suka 'menyibuk' kat abah kalau tengah makan. Semua benda nak dicuitnya. Alahai la anak!!!

Sepanjang Ramadhan ni macam² ada. Ada senyum, ada tawa, ada duka, ada tangisan... Redha dengan semuanya. Senyum je walau hati terluka. Eh, ada ke?! Koh³...

Ya Allah, KAU permudahkanlah urusan kami di dunia mahupun di akhirat. Aamiin ya rabbal alamin... ( ^∇^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign