Fresh from the owner...

19 June 2016

Gred bukan penentu kejayaan.





Result exam mid-term anak² dah keluar. Alhamdulillah. Aku bangga dengan pencapaian anak² tak kiralah apa keputusan yang dia orang dapat. Pada aku, itu atas usaha dia orang. Tak ada desakan. Relax² je.

Sebenarnya keputusan dah keluar masa cuti dua minggu tu lagi. Tapi tak lengkap. Cuma result sekolah agama je tak dapat lagi. Sekolah agama kena bagi perhatian lebih. Kalau ada yang tak lulus nanti tak boleh naik darjah. Huhu...

Aku rasa zaman sekarang dengan zaman time aku belajar dulu memang banyak sangat bezanya. Dulu tak ada rasa tekanan. Err... ke aku yang memang tak tertekan langsung?! Hik³...

Tahun aku nak ambik pmr tu la banyak aku ponteng sekolah. Sebabnya aku tak suka buat portfolio. Bosan amat. Time patut kena hantar, aku ponteng sekolah. Adeh... Tapi tu la. Hidup je sampai sekarang ni.

Budak² sekarang, tak lulus upsr boleh meroyan. Sedangkan upsr tu bukan penentu segala²nya. Tekanan daripada parents pun boleh jadi jugak. Tambahan kalau jenis dok score je time periksa. Mak ayah memang harap lebih la so dia orang boleh bangga dengan kejayaan anak masing². Tapi emosi anak tu macam mana?

Naik stage every year untuk terima award sebab dapat keputusan cemerlang pun bukan penentu kecemerlangan dia orang jugak. Pada orang lain mungkin berbeza. Tapi pada aku, apa pun resultnya, naik stage or not, dia orang patut kita bagi reward sebab dah usaha.

Ucapan tahniah pun okay. Jangan kondem. Setakat tu je dia orang boleh buat, nak buat macam mana. Dia orang dah usaha dah pun. Ala... belum tentu cemerlang sampai ke SPM akan jadikan dia orang manusia. Ada je yang lack here and there. Komunikasi fail. Macam² la.

Tapi tengok la macam mana budak² sekarang. Kelas² belakang tu yang majoritinya budak² 'nakal', kalau dah kurang minat dia orang kat pelajaran kita ajarkan kemahiran. SPM tu ajar buat syarat je. Tapi selalunya kelas belakang la yang selalu left out. Tapi tak semestinya tak jadi orang.

Ada je yang jadi orang. Lebih daripada orang pun ada. Inisiatif diri sendiri jugak. Parents and teachers kena bagi guidelines. Tapi itu la. Ada je budak² ni yang memang tak makan ajar. Huhu... Nak salahkan siapa?!

Eh, merepek² je cerita kan?! (^v^)Apa pun, pada aku... dapat banyak A ke tak, dapat nombor berapa pun, I don't mind. Tak ada paksa² ye. Janji usaha tu ada. Dan budak² ni bukan kaki study jugak. Kaki tv je lebih. Hmmm... *sigh*


my foot: sebab tu jugak aku dah lama tak upload pasal result anak². dulu upload untuk kenangan konon²nya. sekarang ni cukup la kami² je tau... (≧∇≦)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Kecemerlangan akademik dan kecemerlangan akhlak merupakan 1 bonus....bak kata org biar seimbang dunia akhirat. Trkdg ramai yg trlalu mengejar akedemik tapi xtitik beratkan agama. Ank2 diberi tekanan melampau...kecik2 dh antar tuisyen..tpi msg2 punya misi dan visi... Akk pn xmenekan n memaksa ank2 belajar. minat akn dtg dgn sendiri. Mrk ada cara sndiri utk belajar...bermain dan berkawan..ank2 akk pn xde akk antar tuisyen. cukuplah kt sk mrk dh penat belajar....Alhamdulillah mrk tetap cemerlang

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign