Fresh from the owner...

26 June 2016

Cerita limo, bunga dan sweet yang viral.




Okay... tajuk panjang tak hingat. Entri merapu meraban. Haha... Puasa dah tinggal kurang daripada 10 hari. Kejap je masa berlalu. Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Sedih sangat rasa... ಥ_ಥ

Sebenarnya nak cerita pasal kisah yang viral kat fb baru² ni. Kes ke'sweet'an seorang boyfriend. Naik limo dan bagi bunga. Maka, ramai la manusia² hawa di luar sana yang dok tag pasangan masing² dengan harapan jadilah sweet seperti lelaki tersebut.

Tag tu tak salah. Mungkin niat nak pasangan baca je. Yang mana berniat lebih daripada tu dengan harapan dapatlah naik limo. Tak pun dapat bunga pun jadilah, berhentilah berharap. Haha... Sebab aku pun sepanjang kenal sampai kawin dapat bunga baru 3 kali. Koh³... Nasib baik aku bukan minah bunga.

1st time dapat masa konvo diploma. Dah bertunang. Itu pun disuruhnya abang aku yang beli. Ada bunga kekwa, carnation dan rose sekuntum. Entah apa² la selera abang aku. Main hentam je beli bunga. Walaupun jambangan agak besar tapi tak best pun sebab bukan dia beli sendiri. Terima kasih sebab dapat jugak bunga.

2nd time masa konvo degree. Yang ni masa dah jadik husben. Dia belikan sendiri. Jambangan paling besar yang orang kat gerai tu boleh buat. Woot³... 6 kuntum rose merah dan 6 kuntum rose kuning. Bangga jugak la dapat bunga besar. Senyum sampai ke telinga.

Last time masa konvo adik ipar. Aku yang nak sebab teringin pulak nak dapat bunga. Dibelikan aje. Haha... Itu la 3 kali. Lepas tu sebarang bentuk bunga pun tak ada lagi dah. Apa nak buat. Huhu... *nangis* (╥_╥)

Sebenarnya aku tak kisah pun pasal husben being romantic la apa la sebab dia pun bukan orang macam tu. Tapi ada je masa² apa yang dia buat tu pun dah macam romantik, sweet sangat². Tak perlu bunga, tak perlu kata². Sangat rare dan sangat susah nak dapat. Tapi bila sekali dia buat, senyum sampai ke belakang telinga.

Perjalanan kita panjang lagi sebenarnya. Setakat sweet² sebelum kawin belum la menjamin akan mampu sweet² lepas kawin. Even pegang tangan untuk cross jalan or time berjalan berdua lepas kawin dah cukup buatkan dia sweet gila. Koh³...

Tambahan bila dah ada askar berderet². Tak perlu berderet la. Sorang pun dah cukup. Memang tangkap cintan la kalau jalan masih boleh pegang tangan. Kalau sampai ke usia emas pun still macam tu memang terbaik la.

Sweet atau romantik bukan terletak pada jambangan bunga. Atau disurprisekan dengan naik limo atau dapat handphone dlm kotak kfc ke dapat emas dalam aiskrim. Sweet dan romantik itu luas pengertiannya serta skopnya juga.

Kalau ada duit boleh la macam². Tak ada duit diam² sudah. Tengok je tak payah tag² pasangan. Kesian dia orang. Ada pasangan yang memahami pun dah alhamdulillah. 

Yang sanggup temankan time dalam labour room. Yang bagi pinjam lengan untuk digenggam time contraction datang. Yang peluk dan bacakan ayat² suci al-Quran serta doa time tu.

Yang ada saat susah dan senang. Yang tak merungut. Makan apa saja tanpa bebelan. Yang mampu handle perangai isteri yang macam². Yang mampu bersabar. Dan yang sweet adalah yang mampu jadik imam dan pemimpin serta ketua keluarga yang baik.



my foot: jangan macam² tau. lempang karang...(⌒▽⌒)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign