Fresh from the owner...

28 June 2016

Bila terlebih sikap terbukanya.




Adoiii... Macam² kumpulan aktivitis yang ada sekarang. Dan perjuangannya ada yang pelik².  Huhu... Sama ada benar² memperjuangan atau sengaja ingin popular dengan kadar segera. Wallahualam.

Ada 1 kumpulan ni memperjuangkan supaya warga emas yang tak boleh puasa untuk makan secara terbuka. Betul eh?! Jangankan warga emas, ada daripada kalangan kaum hawa yang 'tak boleh' puasa pun dah terang-terangan makan secara terbuka.

Katanya itu hak dia untuk makan. Islma pun tak larang untuk makan kalau tak boleh puasa. Huhu... Sedih dengan masyarakat kita sekarang. Memang Islam tak larang. Tapi Islam ajar adab juga. Takkan itu pun kita tak tahu.

Lagi satu, macam dah kurang rasa malu dalam diri bila boleh makan secara terbuka, dalam restoran pulak lagi. Kat shopping mall tu. Perempuan ni kaya dengan sifat malu. Tapi kalau benda² macam ni pun boleh buat tak kisah, parah juga. Di mana sifat malunya tu?!

Even aku la, sekalipun tak boleh puasa, habis sorok dah kalau nak makan ke minum (makan tu tak la. Tapi minum tu biasa juga. Terutama kalau buat kerja² berat sebab time cuti kan) tu. Even dengan husben pun sama. Padahal bukan dia kisah pun. Tapi malu tu ada.

Agaknya terlebih educate kot yang jadikan diri macam tu. Semua benda nak open. Alahai... sedih sangat!!! Kalau bagi alasan lapar dan kebetulan pulak tak boleh puasa, jadi makan je la. Eh, time puasa reti pulak sabar dengan lapar dengan dahaga!? Habis time tak puasa tak boleh nak sabar tunggu balik rumah ke apa ke...

Sebulan je kot kena tahan nafsu bagai. Kalau yang remeh macam ni pun tak boleh handle, macam mana? Bukan nak kondem tak boleh makan secara open, tapi sifat malu dengan hormatkan orang lain tu tak ada. Adab tu dah hilang. Semuanya nafsu. Kalau dah awal² boleh ikut nafsu, susah nak cakap la.

Even budak kecik pun kita tak ajar makan depan khalayak ramai kalau tak puasa. Sebab kita nak ajar dia hormatkan orang² yang puasa. Kadang² dah ajar tapi bila dah pandai sikit, jadik 'kurang ajar' atau kurang belajar. Huhu...

Masyarakat kita makin sakit sebenarnya. Petanda dunia akhir zaman. Kalau tak nak hormatkan orang sekeliling sekalipun, hormatilah bulan yang Allah datangkan sekali dalam setahun ni. Bukan susah sangat pun.

Selama ni puasa boleh pulak tahan makan. Kenapa pulak tahun ni tak boleh nak tahan makan eh?! Umur dah berapa sekarang? Kenapa sebelum² ni tak buat macam tu? Aku cuba untuk digest apa yang orang 'cerdik pandai' ni fikirkan. Semuanya kena berbalik pada diri sendiri.

Harap² anak² kita nanti terpelihara daripad sifat² sebegini. Sedih sebab Ramadhan seakan tak dihormati walaupun datangnya setahun sekali sebagai bulan penuh rahmat dan barakah... (╥_╥)

Doakan yang baik² saja la dik. Ramadhan pun dah nak 'balik' tak lama lagi. Tahun depan tak pasti boleh jumpa lagi ke tak. Kalau berjumpa, alhamdulillah. Kalau ini Ramadhan terakhir, rebutlah peluang untuk pahala berlipat kali ganda tu... ಥ_ಥ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign