Fresh from the owner...

27 June 2016

Anti-vacc itu bukan semuanya menolak.





Dalam fb sepanjang minggu lepas dan minggu ni ada je yang post pasal anti-vacc ni. Actually isu ni dah lama. Macam² la boleh dengar. 

Ada yang post out vaksin tu haram la apa la. Ada doc replied pasal vaksin dan kepentingannya. Isu ni macam tak berkesudahan.

Bukan  kat Malaysia je ada group yang tolak vaksin untuk anak². Luar negara pun banyak. Tapi kalau kat Malaysia ni groupnya kecik je. 

Tambahan sekarang ada outbreak pasal difteria dengan measles. Marahlah golongan yang anaknya divaksin pada group yang tak vaksin anak² ni. 

Pada yang tak vaksin sebab tak nak vaksin, itu memang tak patut la. Sebab vaksin ni untuk mencegah. Sekurang²nya babies yang antibodi tak berapa nak kuat ni dapat la defend diri dia orang. 

Berbanding yang tak divaksin, penyakit senang masuk sebab 'penghalang' tak ada. Dan bila dah kritikal, doc pun tak boleh buat apa².

Akan tetapi... bukan semua yang tak vaksin anak tu memang reject vaksin. Ada je babies ni yang alah dengan ubat. Yang tak boleh ubat masuk dalam badan. Macam² jadi. 

Ada je mak² yang asalnya memang vaksin anak tapi bila dah anak alah takkan nak teruskan dengan vaksin tu kan. Anak tu. Mesti mak² ni rasa sakit anak tu bila dah alah dengan ubat.

Jadik sangat la tak patut kita ni salahkan this herd community bila tak vaksin anak². Tak semua orang tolak vaksin. Tapi ada yang tak ada pilihan da terpaksa tolak. 

Salahkan mereka² yang sengaja tolak vaksin. Jadi bawak² la bertanya bila ada orang tu tak vaksin anak akan sebab²nya. Tak baik main hentam je. Rakyat Malaysia ni suka menghentam dulu baru selidik... \(〇_o)/

Anti-vacc tak semestinya bermaksud sengaja tolak tapi tak ada pilihan selain tolak. Bersyukur la sebab anak² kita masih boleh menerima sebarang jenis vaksin.



my foot: pernah rasa hampir kehilangan orang yang tersayang. syukur alhamdulillah. Allah masih pinjamkan dia untik disayangi... 
~(^з^)-♡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign