Fresh from the owner...

27 May 2016

Terlewat 3 bulan.





Bukan cerita pasal pregnant. Belum lagi. Haha... Cerita pasal si Afiq ni baru cucuk setahun semalam. Dah setahun 3 bulan baru nak cucuk setahun kan? Sabar je la. 

Kalau cucuk kat kerajaan ni konpem² berguni bebelan dia bagi kalau terlambat. Masa kat Pekan dulu siap datang rumah kalau kita dah lama tak datang.

Kat sini jangan harap la. Kalau nurse² kerajaan datang rumah mahu pitam dibuatnya. Kepadatan penduduk tinggi kat sini. Tak larat dorang nak pergi dari rumah ke rumah. Sedangkan yang kat klinik saja dah penuh tiap² hari. Tak menang tangan dorang.

Klinik yang aku pergi ni dah macam klinik family. Start checkup kat situ time Aus sampailah ke Afiq ni. Budak berdua ni ambik injections pun kat situ. Doctor Aida ni baik. Ramah tamah orangnya. Baru habis pantang. Satu²nya doc perempuan kat sini. Sebab tu kliniknya penuh je.

Last month masa husben demam dan sampai kena masukkan air tu, kami² ke klinik tu untuk ambik injection si Afiq. Husben pun nak ambik mc sebab demam. Tapi masa kat klinik tu la encik imam kata nak pitam. Muka pucat lesi dah time tu.

Turn kitaorang, encik imam dah memang tak larat sangat. Peluh sejuk dah masa tu. Tak jadik cucuk Afiq doc suruh refer klinik kesihatan terus. Jadik apa² senang nak hantar hospital.

Encik imam sempat cakap sebelum tu: "Cucuk adik dulu." Haha... Doc kata tak payah. Nanti dia simpankan ubat. Yang penting pergi klinik bahagian emergency tu dulu.

Dan tadi, doc tanya macam mana encik imam. Lepas aku terangkan dia cakap: "Yang kelakar tu sempat lagi suruh inject anak. Dia dah pucat² mukanya." Kah3... Doc pun ingat lagi. Macam mana tu?

Sebenarnya bukan nak cerita pasal Afiq kena cucuk tapi kejadian disebalik nak cucuk tu. Lepas encik imam okay tak bawak jugak Afiq cucuk sebab dia demam. Bertangguh sampai la semalam. Menangis pun sekejap je sebab terkejut kena cucuk dengan jarum.

Lepas ni cucuk last setahun setengah. Lepas tu settle... (≧∇≦)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign