Fresh from the owner...

05 May 2016

Long shirts for women style ideas by Zalora.


Long shirts adalah trend sepanjang zaman di mana ia kerap menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya ke mana sahaja dan di mana jua. 

Apa yang paling diminati oleh wanita mengenai koleksi long shirts ini adalah kerana ia mempunyai potongan yang labuh dan lebih longgar.

Rekaan sebegini memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai dan ia juga memberikan penampilan yang lebih sopan. 

Salah satu sebab yang menarik perhatian tentang pemakaian long shirts ini adalah ia amat versatile. Ia boleh digayakan untuk apa sahaja functions, ke mana sahaja serta di mana jua. You name it!
 
Untuk gaya smart casual yang sempurna, gayakan long shirts for women ini dengan padanan seluar jeans berwarna biru seperti berikut. Satu gaya yang cukup klasik dan simple!
 

Atau anda juga boleh menggayakan koleksi kemeja labuh tersebut dengan padanan skirts atau shorts ketika cuti pada hujung minggu. Satu gaya kasual yang cukup selesa dan bersahaja. 
 
Jika anda tidak mahu kelihatan terlalu simple, anda boleh menggayakan long shirts tersebut dengan pemakaian outerwear seperti jacket atau cardigan seperti berikut. Perfect look for a date!

 
Juga boleh anda gayakan sebagai pakaian formal ke pejabat. Sama ada anda ingin menggayakan bersama seluar slacks atau skirt labuh, anda boleh memakai long shirts tersebut dengan tambahan aksesori seperti tali pinggang untuk kelihatan lebih menyerlah. 


Jom shopping. Apa tunggu lagi. Dapatkan koleksi menarik long shirts for women ini di Zalora. Hanya di Zalora tau...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign