Fresh from the owner...

21 April 2016

Sayangkan adik teman-temankan.


Aus ni belum pun cecah usia 3 tahun lagi tapi sangat la boleh diharap. Dia akan masuk 3 tahun tapi bulan 8 nanti.  Memang aku sendiri tak jangka dan tak sangka sangat la sebab budak 2 tahun lebih ni banyak ikut kepala sendiri. Mungkin anak orang lain lagi advance. Tapi ni anak sendiri yang mungkin aku ter'underestimate' tanpa sengaja.

Sebab pernah jugak aku buat sekali tapi dia sedar dan menangis bukan main lagi. Ingat aku nak tinggalkan dia kot. Tapi tu awal tahun dulu. Bulan 1 punya cerita. Sekarang dah bulan 4. Tak adalah lama mana tapi perubahan tu ketara sangat.

Alkisahnya si Afiq ni tidur sebelum sempat hantar kakaks pergi sekolah. Abang dah pergi dulu dah. Nak bawak tu sangat la kesian rasa dalam hati. Bawak masuk keluar kereta. Memang tidur tak lama la. Jadi aku tanya la si Aus: "Boleh duduk rumah jaga adik tak?". Dia pun kata boleh je. Bagi sebotol susu dan aku tinggalkan dia kejap. Memang tawakal je la ni.

Alhamdulillah, balik daripada hantar kakaks, Aus relaks je tengok Super Wings. Tak ada masalah. Kalau nak ambik abang dan adik tidur pun dia boleh tengokkan jugak.

Aus dah besar. Dah jadik abang² rupanya dia. Alahai... sweet sangat. Dia siap tepuk adik kalau adik terkejut. Dan selalunya akan jadik peneman abang or kakaks kat rumah tengok adik kalau ibu nak keluar ke kedai ke or mana². Siap cakap: "Aus nak tinggal kat rumah." ಥ_ಥ

Cepat je besar anak² ni... *teary eyes*. Ibu doakan yang terbaik untuk anak² syurga ibu. Cemerlang dunia akhirat ye... ( ˘ ³˘)❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign