Fresh from the owner...

07 April 2016

Hari bertemu pelanggan.

Minggu depan kena mengadap cikgu anak-anak solehah dua beradik. Hari bertemu pelanggan ni untuk parents - teacher dok diskus perkembangan anak-anak dan apa yang parents or teacher perlu buat untuk lagi improve.

Selain daripada tu untuk bagi result exam bulanan si solehah dua beradik la. Walaupun result cikgu dah masukkan dalam sistem, still la kena jumpa. Berkenalan mesra gitu.

Kali ni aku kena timing masa elok² memandangkan aku je yang akan pergi jumpa cikgu nanti. Incik husben kerja. Tak dapat nak join sekali. Kalau sebelum ni dia kerja shift boleh la pergi sekali kan. Kali ni dah masuk pagi saja memang tak ada harapan la. Lagi pulak 13hb nak cuti, takkan 11hb nak cuti jugak. Huhu... Mak ni okay² je.

Alya akan aku bawak dulu jumpa cikgunya lepas ambik dia daripada sekolah agama. Anis last sekali la. Lepas mengaji ke or lepas hantar Azfar pergi sekolah. Tengok pada mana yang senang la ye. InsyaAllah, ibu ni boleh la... ┗(^0^)┓

Apa pun, result anak-anak alhamdulillah. Kipidap kids. Tak apa result tak comel pun asalkan dah cuba yang terbaik. Ibu okay² je. Janji usaha tu ada. Next time kita cuba lagi ye sayang².. \(^o^)/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign