Fresh from the owner...

26 February 2016

Datanglah mood.

Hehe... Mood ni kadang ada, kadang tak ada. Bila ada tu tak sempat nak pegang handphone pun. Masa bila la nak menaip entri kan?! Busy memanjang. Poyo je.

Memang jadual penuh kalau hari sekolah tu. Time betul-betul dapat rehat pun lepas hantar kakaks ke sekolah. Dalam pukul 1 tu boleh la lepak-lepak, tidur kejap sebab nak tidurkan anak syurga berdua tu.

Dapat tidur 10 minit bila tersedar tu biasanya tak boleh nak tidur lagi dah. Settle baju ke, solat bagai. Sedar-sedar nak kena ambik Azfar. 2 jam lepas tu nak ambik kakaks pulak.

Kalau abahnya kerja malam ada la masa panjang sikit kat rumah. Tapi tak panjang sangat la sebab nak masak tu tak ada la rushing sangat. Cukup dengan Afiq sorang je apa kerja pun tak jadi. Haha...

Ini pun mood baik sikit. Boleh la up satu entri. Ada la melawat 2-3 blog. Tangan menaip tapi mata dok tengok kain yang tak berlipat lagi. Huhu... Nangis!!!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Apa pun tapi yg bestnya dpt melihat anak-anak semua depan mata. Boleh menyusun-atur dgn baik dgn tangan sendiri.

    ReplyDelete
  2. kerja suri rumah tak pernah nk habis.ada masa tu rilex2 la sama..ikutkan sgt kerja smp tutup mata tak habis..relex2 dulu up entry.hehehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign