Fresh from the owner...

18 February 2016

35 minggu dan 6 hari (finale).


cerita ini untuk Afiq...


ada cerita tak habis rupanya tentang kelahiran si Afiq ni. walaupun dia dah nak masuk 12 bulan, mak tetaplah nak cerita perihal anak seorang ni. yang ni pun nak ikut jugaklah jejak si kakaks berdua. lahir tak cukup bulannya. ke aku yang salah kira. hehe... rasanya betul dah bagi tarikh tu dulu kat doktor. kalau lari pun mungkin dalam dua tiga hari je la. bukan dua tiga minggu.

plan asal doc ni nak bagi Dexa sebelum deliveredkan si Afiq ni tapi tak jadi sebab lepas doc scanned, dia cakap berat baby around 2.4kg. berat okay tak payah Dexa. tapi ubat tetap la dapat. ubat apa entah. Dexa memang sakit. dua kali aku dapat. masa bersalinkan Alya dengan Anis. tapi masa Alya la aku ingat sangat rasa sakit kena cucuk Dexa. sampai sekarang pun still boleh feel. haha...

walaupun doc kata aku demam,
still aku tak rasa apa-apa. macam sihat bagai je. since dah ada jalan, memang kena bersalin jugak. katanya boleh je bagi ubat untuk hold baby daripada lahir awal (macam Anis dulu. nak hold konon. sampai dah delivered, muka pakar pun tak nampak), tapi air ketuban dah pecah awal better delivered je la.

lagi pulak mak ada demam. takut ada infection pada mak dengan baby kalau nak hold. dah puas menunggu bagai, pukul 10 nak dibawa ke labour room. nurse suruh panggil husben ikut. tapi anak-anak siapa nak tengokkan? ayah aku pun tak sempat nak datang. kalau tak, senang sikit kot. tapi dalam pukul 10.30 tu husben masuk jugak. dia tinggalkan anak-anak dengan polis bantuan kat bawah.

aku kesiankan si Aus tu je. sebab dia dengan orang tak berapa nak mesra sikit la. memang kesian dengan anak-anak. tapi nak buat macam mana kan?! husben pun kejap keluar tengok anak-anak. kejap masuk tengok aku. kesian jugak dia. dugaan tapi redha.

memang ke hospital tu tak bawak apa-apa pun kecuali beg sendiri. susu Aus pun tak bawak. anak-anak time tu pun tak sempat makan apa-apa lagi tapi alhamdulillah sangat dia orang tak merungut. ada je rezeki orang bagi kat dia orang. Afiq lahir pada tarikh penting abah. hehe...

dan abah pulak datang daripada tempat kerja dengan motor. nak bawak dia orang balik dah tentunya kena naik cab sebab jiran yang tolong hantar aku ke hospital ni. terima kasih sangat dengan jiran aku ni. baik benar orangnya. terima kasih jugak untuk adik Ana yang sentiasa la membantu di saat-saat sukar. tak terbalas budi rasanya.

nurse yang sambut kelahiran Afiq pun alhamdulillah... baik sangat. manis je orangnya. tak ada stress. bila kita tanya berapa kali check jalan dia orang jawab okay je. tak boleh check banyak kali takut ada infection. dia orang siap bawakkan air masak lagi untuk aku minum. macam pelik pulak la. pesal kena minum air ni? rupanya sebab dekat bilik saringan check demam, makanya kena minum air banyak-banyak.

dekat labour room check tak demam pulak. staff nurse siap pesan jangan bersalin dulu sebab dia kena handle ada sorang pesakit tu tengah on the way nak bersalin. boleh pulak tahan-tahan gitu. hahaha... sakit masa nak bersalinkan Afiq ni dengan sakit masa nak bersalinkan Anis, aku rasa sama je sakitnya. yang lain-lain tu sakit jugak tapi yang dua orang ni kira extra sikit.

last staff nurse check jalan dengan waktu nak delivered tak sampai 5 minit pun. lepas checked tu dia kata baru je buka 5cm. katanya biasa dalam sejam dua lagi bersalin la tu. orang dah pernah bersain ni kejap je jalan terbuka. selang 5 minit memang dah sakit sangat. bila husben panggil nurse untuk check lagi sekali, nurse tu panggil staff nurse cakap dah nampak kepala baby. huhu...

alhamdulillah... dipermudahkan. nurse tu pun cakap. mudah je bersalin. bersalin mudah. sakit tu tak mudah.

ikutkan nurse tu nak bawak aku dengan baby sekali ke wad. tapi dia kata baby punya nafas macam tak berapa okay. bahagian hidung dengan mulut dia macam biru sikit. makanya, Afiq dihantar ke wad lain. sama macam anak-anak yang tak cukup bulan yang lain. kena pantau untuk 48 hours.

tapi dia kira extra sebab masuk antibiotik. jadi kena habiskan antibiotik untuk 3 hari baru boleh balik. ulang-alik la ke hospital sebab tak ada tempat penginapan untuk ibu dan anak. sama macam Anis jugak. 4 hari kat wad baru boleh balik. perjalanan cerita kat wad dua beradik ni lebih kurang sama je. memang suka hospital dia orang berdua ni. pening mak.

tapi alhamdulillah... masing-masing membesar dengan baik, insyaAllah.




posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign