Fresh from the owner...

22 January 2016

Masih dan sedang...


masih bergelut sebenarnya untuk kekalkan momentum harian.
kadang-kadang rasa sangat penat tapi dah itu tugas sebagai mak.
ada je van untuk hantar ke sekolah tapi kesian pulak dengan anak-anak ni.

husben kata selagi boleh hantar tu, hantar sajalah.
even cikgu sekolah Azfar pun cakap, naik van mahal.
baik hantar sendiri je.

hantar sendiri pun penat la. haha...
tapi masa kecik ni je la nak kena hantar pun.
balik sekolah dengar dia orang bercerita itu ini.
masa sekarang je la yang adanya.

dah besar nanti mesti rindu masa dia orang kecik-kecik ni.
memang cerita tu tak lekang la.
ada je cerita. kawan ini itulah, kawan itu inilah...
layankan sajalah.

biarpun penat, satu hari nanti bila dia orang baca apa yang ibu taip kat sini
dia orang akan tahu sebab sayang la ibu abah hantar ke sekolah. tak bagi naik van.
tak la bermaksud orang lain tu tak sayang anak.
masing-masing pun ada urusan sendiri nak kena buat.
rasanya ramai nak hantar dengan ambik anak-anak.
tapi tak ada pilihan kan? makanya redha je la.

apa yang pasti, anak-anak biarlah selamat sampai ke rumah.
itu je dah cukup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Indahnya pengalaman tu. Hantar anak gi skolah, ambik anak balik sekolah. Mahal harganya pengalaman tu kan kak? Sementara dia kecik ni je nak buat semua tu, nnt dah besar dah boleh berdikari takde peluang lagi.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign