Fresh from the owner...

28 January 2016

Kesuntukkan masa dan rutin harian.


sebenarnya baru renew domain.
terlewat beberapa hari daripada tarikh due.
tambahan pulak sekarang ni kekangan masa.
penat tapi sebenarnya ok je asalkan anak-anak happy.

jadi nak menjenguk blog apatah lagi menaip satu entry pun dah ambik masa.
okay... guna handphone untuk taip entri memang problem sikit.
kadang-kadang entri dah siap tapi tak sempat nak save makanya hilang la ia.
mood pun merudum sama. itu la alkisahnya...

hilang followers tak mengapa tapi jangan hilang blog ni 
sebabnya cerita anak-anak masih ada di sini.
nak menjengah kengkawan pun memang la tak sempat.
bz la sangat kan?! haha...

rutin pagi bermula dengan anak solehah Alya.
siapkan sarapan. hantarkan dia ke sekolah agama.
kelas dia bermula pukul 7.15 pagi.
balik rumah siapkan anak solehah Anis pulak.
dia masuk sekolah agama pukul 8.45 pagi.
hantar Anis, ambik Alya.

balik rumah, masak untuk bekal sekolah anak-anak soleh solehah ni.
untuk sekolah petang pulak.
10.15 pagi ambik Anis, hantar dia orang 3 beradik pergi mengaji.
balik mengaji lebih kurang dekat pukul 10.50 pagi jugak.
sambung memasak sambil siapkan anak soleh Azfar.

Azfar masuk pukul 11.45 pagi.
dah siap bekalan, check buku bagai hantar Azfar pergi sekolahh.
dekat je dengan rumah tapi dekat pun makan masa jugak sebab dia ada mood lain tengahari ni.
balik daripada hantar Azfar, settlekan si Alya dengan Anis untuk sekolah kebangsaan.
waktu persekolahan dia orang pukul 1.20 petang untuk hari Ahad sampai Rabu.
Khamis pukul 1 sebab nanti ada assembly.

selalunya pukul 12.30 tengahari dah siap hantar dia orang ke sekolah sebab dia orang suka pergi awal.
kalau lambat pun pukul 12.45 tu dah nak sampai sekolah.
balik rumah sambung pulak kerja sidai kain kalau tak sempat nak sidai pagi-pagi.
tambahan sekarang ni kejap hujan kejap panas.
memang sentiasa kena tengok kalau sidai kain. 
kadang-kadang tengah panas pun boleh hujan sekejap. 
sempat la nak basah kain tu.

tidurkan anak-anak soleh dua beradik Aus dengan Afiq.
kalau penat sangat aku pun tidur jugak.
nanti pukul 3.45 nak ambik Azfar sekolah.
pukul 6.10 pulak nak keluar ambik kakak dua orang.
balik rumah make sure semua siap including solat.
dia orang akan makan malam dan buat homework.

ada la sesi meragam jugak sorang dua.
dah siap semua, time untuk tidur.
paling lewat tidur pun pukul 9.30 or 10 malam.

esoknya rutin yang sama bermula lagi...
hahaha... busy kan?! ^_____^




my foot: tapi jadual berubah sikit kalau abahnya kerja malam. ibu ada ruang masa lebih la kat rumah sebab abah dalam penat-penat balik kerja still la ambik dengan hantarkan anak-anak ke sekolah walaupun in the end ibu la jugak hantar sebabnya kadang-kadang anak-anak ni suka request nak ibu yang hantar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign