✿ Rumah SalYa ✿: November 2015

Fresh from the owner...

24 November 2015

Dua pasang kembar saya.



ni kembar sulung saya. hehe... bukan kembar pun sebenarnya. tapi kalau dah selang setahun, memang nampak la macam kembar. sama je besarnya. dan tinggi pun lebih kurang je. yang membezakan aku rasa berat je. perangai pun totally different jugak. memang tak sama. 

kalau time kamceng tu memang kamceng sangat. tapi kalau datang angin tak sebulu, memang baik punya gaduh. anak-anak masa kecik macam ni la. kalau ke mana-mana mesti orang tanya. kembar ke? tambahan kalau pakai baju yang hampir sama warna or sama paten dan warna. tudung sama pun macam tu jugak. memang orang tanya la macam-macam mana pun.

kalau tak sama pakaian pun orang tanya jugak. aku dengan my imam biasanya senyum je bila ditanya. sebab budak berdua ni akan jawab sendiri bagi pihak dia orang. kecuali la time orang tanya dia orang tak ada berdekatan. bila orang kata 'sama', aku akan tengok dia orang ni sekali lagi. memang tak sama la. kat mana yang samanya? size badan? huhu...



ni  lagi sepasang kembar aku yang comel. haha... yang ni tunggu masa je sebelum orang tanya soalan yang sama macam Alya dengan Anis. buat masa sekarang ni Afiq kecik lagi. tunggu la umurnya setahun nanti. lepas tu sama la soalannya. dan nanti time dia orang pulak akan jawab soalan tu sendiri.

cuma baru-baru ni ada orang tanya, kembar ke Aus dengan Afiq ni. dia nampak daripada dalam kereta. tapi yang aku bawak keluar cuma Aus je. itu pun sebab dia nak ikut ambil Kak Ngahnya balik daripada sekolah. bila ditanya aku jawab la tak.

sebabnya Afiq kecik lagi. belum setahun pun sedangkan Aus dah dua tahun dah pun. dah boleh cakap. dah boleh jalan. makanya dia cakap la daripada luar nampak macam sama besar je. itu sebab dia ingatkan kembar. hehe... sama besar ke? tak ada la sama pun. Afiq kecik sikit sebab masih baby lagi. Aus dah hampir penuh giginya... ^_^

apa-apa pun, ada anak-anak yang berbeza setahun je ni memang untung. walaupun bukan kembar, orang tetap la ingat kembar. hikhikhik... untung la tu kan?! rezeki daripada Allah tu. alhamdulillah...Azfar je la berbeza sikit. beza dia dengan Anis dua tahun dan dnegan Aus pun dua tahun. sebab tu dia pelik sikit. hehe...

semoga membesar dengan baik dan jadik anak-anak yang solehah dan soleh hendaknya. cemerlang dunia dan akhirat dalam apa juga bidang yang jadi pilihan. ibu abah cuma boleh doakan je.

we love you kiddos to the moon and back. for the rest of our lives... muaahhh...


Mood ke laut dalam.


kemas kini blog kejap. ambik mood balik. kah3... mood ni kejap ada kejap tak ada. selalunya tak ada la. nak buat macam mana. tadi tengok list masa starting berblog dulu. ramai dah yang tak aktif berblog sekarang. ada yang dan dua tiga tahun tinggalkan blog tanpa update. makanya terpaksa la hamba delete. ada yang dah privacykan blog masing-masing.

aku pun sama je. mood dah banyak ke laut dalam sekarang walaupun cerita tu ada je. bukan senang nak ambik mood tu semula. makan masa. kalau terajin ada la seentri dalam seminggu. itupun mujur jugak la kalau seminggu. kalau sebulan? haha... sabar je la.

aku sayang blog aku ni. ada banyak benda dalam ni. kenal kawan-kawan pun kat sini. kena tarik nafas panjang-panjang. doa-doa la semoga mood tu kembali bertandang... ^_^



06 November 2015

Masuk airlah pulak.


Aku guna handphone biasa-biasa je lepas sony cracked kena gigit dengan Aus. Beli yang second je. Aus memang mat gajet. Haha... Tapi bukan selalu la. Aku ada install preschool punya games. Cepat jugak dia tangkap macam mana nak main game tu.

Tapi atas sebab-sebab keselamatan, aku uninstall semula. Sebelum ni aku guna samsung ace je. Kecik je. Cukup la untuk whatsapp je. Entah berapa puluh ratus kali terhempas, tercampak pun aku tak tau la. Tapi alhamdulillah. Masih sihat. Cumanya nak berblog thru handphone tu tak boleh la.

Kemudian tukar yang skrin besar sikit. Tidaklah sebesar sony tapi boleh la. Untuk menyedapkan mata dan berblog. Memorynya pun boleh la. Leagoo lead 5. Orang tu kata jangan bagi masuk air sudah. Nanti jammed terus.



Handphone ni pun sama. Dah berpuluh kali jatuh. Yang aku secara tak sengaja jatuhkan pun ada, anak-anak jatuhkan pun ada. Alhamdulillah, tahan lasak. Tapi jangan harap secanggih handphone lain la.

Dan jugak dah dua kali masuk air. Dua-dua Aus yang buat. Adoiii la... Siap duduk bawah mentari tengahari sebab air penuh kat skrin. Memang ingat dah 'selamat' dah handphone ni. Tapi survived.

Dan yang terbaru, dua hari lepas. Masuk air jugak. Kali ni effect kat lens. Mula-mula tak perasan tapi bila tengok macam 'weng' je handphone ni mesti ada air. Bukak memang ada kesan basah tapi tak dapat detect kat mana.

Bila macam dah ok sikit skrinnya, try nak ambik pic baru perasan ada air. Hoho... Seharian jugak la can't connect to camera. Sabar je la. Tapi puas hati la sebab lasak. Walaupun orang kata jangan kena air, alhamdulillah... dua kali kena air pun survived lagi.

Bukan semua handphone brand-brand biasa ni tahan lasak. Tapi ada je yg memang lasak dan terbaik. Tak kisah la. Asal boleh guna sudah... ~(^◇^)/


posted from Bloggeroid

04 November 2015

Tamira oh Tamira.



TAMIRA JAMU AIR KUNYIT : -

1. Tamira tak panas

2. Tamira boleh diamalkan oleh ibu mengandung

3. Tamira tak keringkan darah

4.Tamira tak cepatkan menopause

5. Tamira boleh diamalkan walaupun ada darah tinggi dan kencing manis (boleh consume dengan ubat-ubatan sebab tamira bukan ubat)

6. Tamira boleh je diamalkan oleh anda yang makan vit c

7. Tamira milk booster

8. Tamira energy booster

9. Tamira elokkan perjalanan darah sekaligus elokkan aturan period

10. Yg paling utama.. Tamira tiada BAHAN PENGAWET


Jom kita bertamira. Sedap deh!!! Sekali cuba pasti nak lagi. RM35 termasuk pos. Produk terlajak laris ni. Jangan tunggu lama-lama. Moh kita jaga diri mulai sekarang... Whatsapp/telegram: 0172561005


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign